Rabu, 17 Ogos 2011

Rupanya jarum emas...

Pinjam dari : http://jarum-emas.blogspot.com/2006_05_01_archive.html
Satu lagi cerita semasa di Nurul Iman. Waktu tu kami selesai solat Jumaat di Masjid Kampung Budiman, Meru Klang. Sekolah kami di Bukit Cherakah, jauh la jugak tapi nasib baik ada pak cik yang sudi tumpangkan kami semua naik van ke sana. Sedang menunggu giliran untuk balik ke sekolah, kami duduk depan masjid. Biasa lah, ada yang duduk, jalan-jalan dan cabut-cabut rumput.

Tiba-tiba salah seorang sahabat kami (nama dia Ismail Marodzi) bersuara, :"Eh, pokok jarum emas ni !". Berkerumun semua nak tengok macam mana pokok jarum emas tu. "Ooo, ini pokok jarum emas ye". Maka ramai lah yang mencari pokok tu sambil menunggu kedatangan van. Nak cari susah jugak sebab dia berselindung antara celah-celah rumput. Macam dalam gambar ni...

Pinjam dari : http://babybieza.blogspot.com/2009/11/mencari-jarum-emas.html
Tak banyak kami dapat, Ismail bagi tau yang pokok jarum ni boleh buat ubat. Mana yang dapat kami bawa balik ke sekolah. Jadi setiap jumaat, kami akan cari pokok tu sementara tunggu van datang sehinggalah habis rumput yang ada di situ di tar. Pernah satu ketika, heboh satu Malaysia orang cari Jarum Emas ni sebab harganya mahal.

Kebetulan, kami semua pernah diajar oleh kakak-kakak dari UiTM Shah Alam. Ada kakak yang berminat dengan pokok tu, jadi kami bagi dekat dia je lah. Tak tau lah dia nak buat apa, mungkin nak dikaji agaknya. Setiap kali lalu depan masjid tu (masjid yang lama, bangunan kayu) penulis akan teringat kisah ni.

7 ulasan:

Kakzakie berkata...

Masa kakak kerja di Austin Hills Golf Country Resort dulu pun sibuk masing-masing mencari rumput ini. Nak buat apa kakak pun tak tahu. Tapi katanya jual di singseh dapat duit...:)

Niena Pengembara Ilahi berkata...

pokok ni bnyak khasiatnya.. dlu mak pnah tanam rasanya, mak suka tanam pokok herba sebagai hiasan

maszull berkata...

salam...jarum mas ni biasanya ada yg gunakan utk buat ubat...
ubat apa mama pun kurang tahu..:)

azam berkata...

susah nak jumpa......sebab byk sgt dah kutip....hahaha

Niena Pengembara Ilahi berkata...

:D

Fad berkata...

betol!!!penah fofular kat meru

nora rashid berkata...

jarum emas bukan ke ubat utk kencing manis??..( garu2 kepala)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...