Sabtu, 20 Ogos 2011

Seluar tempah vs seluar cikang

Masa penulis sekolah dulu, seluar tempah memang famous. Jenis straight cut dan boot cut, ukuran kaki mesti besar dalam 20cm paling kecik. Kocek belakang pulak ada macam-macam design contoh kocek malboro, kubah masjid, batman, malboro separuh, segi tiga dan petak dan pelbagai lagi. Bila tempah mesti labuh kaki nak cecah tanah, kalau boleh nak seret dengan kasut.

Penulis ingat lagi, hampir semua pelajar lelaki memakai seluar tempah sebab siapa yang pakai seluar yang dah siap beli tu, mesti kaki seluar dia kecik. Malu nak pakai sebab nanti orang cakap pakai seluar cikang !! Sebab masa tu kalau tak silap trend orang pakai seluar straight cut dan boot cut macam zaman 60an dulu. Jadi kami ni terkena tempiasnya jugak !

Seluar tempah
Sekarang penulis masih lagi memakai seluar jenis straight cut sebab selesa tapi dah tak tempahlah macam dulu, nak badgetla katakan. Setelah beberapa lama meninggalkan sekolah yang tercinta ini, penulis ada bertandang ke sana untuk melihat perkembangan semasa. Wah... dah macam-macam kemajuan yang ada, sekolah pun dah cantik.

Akhirnya mata ni terpandang dan tersenyum sendiri.... dalam hati berkata :" diaorang pakai seluar cikangla sekarang, kalau dulu malu nak pakai...". Macam dalam gambar ni...

Seluar kaki kecik aka Cikang
Sekian...

7 ulasan:

Ezad Skytech berkata...

sekarang ni mmg masih ada lagi pakai seluar yang bahagian bawahnya kecik..hee~

saya cello191 berkata...

mcm2 jenis seluar la plak..

tapi,sekarang still ramai yg pakai seluar bawahnya kecik kan~~

shida berkata...

jap3..
konpius..
blogger ni laki2 ke??

MgtBobber berkata...

Ya bro,aku dulu pun sama, membesar menjadi remaja di Terengganu, di sekolah mesti seluar tempah 'Boot Cut' dengan poket 'Tempek' Marlboro!! Haha!

H.J berkata...

pegi melawat junior tu..haha

maszull berkata...

salam santri...wah pi lawat sekolah lama yer...

mesti teringat zaman silamkn...:)

shida berkata...

ho3~~
seyes slame ni ingtkan blogger ni perempuan...:P
adehei...ok got it...
sori lah ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...