Ahad, 21 Ogos 2011

Solat pakai niat je?

Pinjam dari : http://bluesriders.blogspot.com/2010/06/pinggan-j-g-meakin-glamour-celeste.html
Biasa sekolah agama akan belajar dua matapelajaran iaitu akademik dan agama. Bermakna kami harus menguasai dua subjek ini dengan serentak dalam satu masa. Mula-mula memang berat tapi lama-kelamaan jadi kebiasaan. Teringat sewaktu belajar matapelajaran Feqah, ustaz ada menerangkan tentang solat. Banyak persoalan dalam Fiqh Solat ni, bila semakin dalam kita belajar, semakin banyak yang kita tak tahu.

Contohnya kalau kita tak duduk tahyat awal, solat kita sah atau tidak? Bukan duduk di antara dua sujud ye, dua perbuatan ini hampir sama tapi ada perbezaannya. Jawapan pada soalan tadi adalah sah walaupun kita tak duduk tahyat awal, cuma pada tahyat akhir sebelum salam, kita kena sujud sahwi sebagai ganti perbuatan yang kita tertinggal dan lupa. Bukan tak baca qunut je kena sujud sahwi, ada lagi yang lain.

Ada satu kisah ustaz kami bercerita sesuai dengan tajuk entri di atas. Ada satu kumpulan ajaran sesat, dalam ajaran ni orang-orangnya solatnya hanya pakai niat sahaja. Mereka bersandarkan pada satu hadis Nabi yang bermaksud " Setiap amalan itu bermula dengan niat". Jadi mereka melakukan ibadah ini hanyalah dengan niat sahaja. Sembahyang hanya niat tanpa sebarang rukunnya.

Hanya niat, tanpa melakukan apa-apa perbuatan. Mereka berkata, buat apa penat-penat sujud, rukuk pastu naik turun. Sembahyang pakai niat je... Ustaz kami bagi tau, nak menangani orang-orang macam ni kena buat macam mereka juga. Jemput mereka datang ke rumah untuk jamuan makan. Kita hidangkan pada mereka pinggan mangkuk yang kosong. Lepas dah siap semua, kita jemput lah mereka makan...

Bila mereka bertanya, : "Mana nasi dengan lauknya?, macam mana nak makan ni...". Kita jawab dengan baik pada mereka : "Eh...makan lah dengan niat, anggap nasi dengan lauk dah ada ye..". Mesti dia orang terasa. Begitu lah ustaz kami bagi tau. Memang terkena lah ! ketawa besar kami masa tu. Bila kita solat, ada rukunnya yang mesti dilakukan, bukanlah hanya dengan niat sahaja. Macam tu juga dengan makan nasi, mesti ada nasinya, barulah dinamakan makan.

2 ulasan:

pha is berkata...

ustazah aku pon penah cerita bnda yg sama jugak masa subjek syariah islamiah.. dulu smka ke?

saya cello191 berkata...

sekolah agama memang kena blaja banyak..tapi berbaloi..

rindu nak belajar fiqh,tauhid,hadis n etc..^^