Rabu, 10 Ogos 2011

Software real player best !

Mungkin ada rakan pembaca blogger yang dah tahu tentang software ni. Kalau yang belum tahu, boleh kita cerita sikit-sikit. Bagi penulis software ni memang best, 3 dalam 1 (3 in 1). Boleh download video yang kita nak, boleh convert format video dan boleh trim balik video yang kita nak.

Bagi sesiapa yang selalu nak download video dari you tube, boleh pakai software ni. Memang senang, bagi yang suka nak convert video dan trim-trim video, boleh jugak pakai software ni macam window movie maker. Bagi yang berminat untuk download software ni, boleh klik di SINI.

Dah siap download, bolehla kita install software tu. Penulis dah lama pakai software ni, ada lagi software yang lain tapi real player lebih senang (user friendly). Bila nak install, dia akan tanya, nak install google chrome sekali ke? Itu terpulang pada kita. Lepas tu tekan next dan next. Dah siap 100 %, ambik yang jenis basic player sebab yang ni FREE. Lepas tu teruskan next dan kita nak sign up atau tidak terpulang. Tak nak pun takpe, tekan je skip atau cancel dekat situ. Bila dah keluar window real player macam ni, maknanya dah siap la tu.

Okla, itu sahaja perkongsian penulis untuk semua kali ini. Selamat mencuba bagi sesiapa yang berminat. Terima kasih kerana sudi membaca dan singgah di sini...

1 ulasan:

maszull berkata...

salam santri: best juga...

good info...")