Amanat mudir supaya semua pelajar balik daripada raya nanti, semua orang kena bawa kuih raya sebab nanti ada Majlis Jamuan Hari Raya untuk sekolah. Amanat kedua, kena bawa bunga seorang satu jenis bunga. Tak kiralah bunga apa pun. Tujuannya adalah untuk keceriaan di sekolah, sebab sekolah kami masa tu tanah lapang macam padang bola di tepi bukit. Nak ceriakan sekolah, jadi kenala tanam bunga...
Nak tau penulis bawak bunga apa? Hehehe setelah puas menelek bunga-bunga yang ada di rumah mak penulis dan bertanya mana bunga yang senang hidup, akhirnya penulis membuat pilihan. Penulis pilih pokok ni...
Gambar pinjam Google |
Lidah Buaya !! Mak cakap pokok ni senang hidup dan juga cantik. Kawan-kawan penulis masing-masing membawa bunga pilihannya sendiri. Macam-macam bunga ada, dan sampai sekarang masih ada bunga-bunga tersebut tapi tak banyakla sebab dah tak dijaga. Paling besar pokok bunga kertas sebab tempat pelajar perempuan selalu main badminton sekarang dah jadi redup. Kawan penulis CF tu, penulis tak ingat pula dia bawa bunga apa. Kena tanya dia balik...
4 ulasan:
hahaha..x ingatla bw bunga apa..bunga manggar kot...keh3..seronok ramadhan kat n.iman..dah mcm kat surabaya...bulan ibadah
Oklah pokok lidah buaya serba guna api kalau ada yg terkena durinya aduh!!.... Kakak dulu asrama sekolah pun macam tu juga kakak bawa pokok bunga janda kaya. Tahu tak? Ala bunga yg sekelompok-sekelompok. Kebanyakkannnya warna pink...:)
salam santri...bagus la kalau mcm tu tentu dah besar kot pokok lidah buaya tu...
selagi pokok itu hidup santri akan diberkati kerana membenarkn die hidup...:)
pokok lidah buaya memang cantik dan banyak faedahnya.. kan???
Catat Ulasan