Ahad, 18 September 2011

24 Perkara JANGAN dilakukan...


Sesungguhnya di dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita. Di bawah ini terdapat 24 perkara-perkara yg. jangan dilakukan yang seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri. :


1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan in tidak disukai oleh ALLAH s.w.t.

2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.

3. Jangan makan dan minum dalam bekas yg pecah atau sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.

4. Jangan biarkan pinggan magkuk yg telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)

6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yang dimakan adalah dari muntah syaitan.

7. Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan dan kebaikan. Takut-takut mati dalam perjalanan.

8. Jangan pakai kasut atau selipar yg. berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

9. Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

10. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.

11. Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

12. Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti merosakkan silaturrahim.

14. Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH s.w.t dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.

15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

16. Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.

17. Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang orang kepada kita.

18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yg teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH s.w.t.

19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.

20. Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.

21. Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makan jin.

22. Jangan lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRAHIM dan salam ketika masuk kerumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.

23. Jangan memakai tangkal kerana ALLAH s.w.t tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kepadaNYA.

24. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM berkata JANGAN, sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH s.w.t itu lebih mengetahui. Yang baik itu adalah dari ALLAH s.w.t dan yg. buruk itu dari hambanya juga.

Wallahuallam... (sumber : Panduan hidup mukmin)

17 ulasan:

Kancil 8349 berkata...

wah...info yang menarik dan terima kasih kerana memberi kesedaran...memang betul tu

Kancil 8349 berkata...

belum cuba belum tahu...yang penting kamu promote kat 25 top comentators kamu tu...insya - Allah mereka akan ikut...Kancil akan menjadi orang pertama join segmen kamu...insya - Allah

Syazwan Che Deraman berkata...

terima kasih sebab bagi peringatan ni.
thanks.

fiq. berkata...

7 dan 8 tu baru tahu,,terima kasih ye!!!! =] =]

ziraziz berkata...

24 perkara 4 24 hours...terima kasih krn b,kongsi...moga dpt djadikan panduan...

H.J berkata...

thubms up!!!

aimie amalina berkata...

sungguh JANGANNNNNN!

PeRmAtA bIrU berkata...

terima kasih yer untuk ingatan dan pesanan nih..:)

saya cello191 berkata...

btol tu..jgn dipertikai kenapa menda itu dilarang~~

^^

cik najihah berkata...

nice..menarikk.. thanks mengingatkan

Kuasai minda berkata...

Terima kasih atas ingatan...Semoga kita semua mendapat rahmat daripadaNya.

Mohon untuk kongsi artikel ni...

Eera Shera berkata...

pesanan yg baik utk semua.tq!

Arpiiz berkata...

terima kasih atas nasihat yang diberikan..^^

maszull berkata...

salam santri...nice n3...semoga kita semua akan menjadikn ia panduan yg berguna....:)

mekacih santri...:)

nora rashid berkata...

terima kasih atas peringatan...!

ciK LyndaWawa berkata...

alhamdullilah ..terima kasih atas peringatan..=]

Amy Syaquena berkata...

good info.. terima kasih di atas peringatan ini..sama2lah kita saling ingat mengingati..