Selasa, 20 September 2011

Bala yang menimpa kita...

Pinjam google sekadar gambar hiasan

Pernah tak kita terfikir kenapa setiap kali perayaan, mesti banyak berlaku kemalangan di jalanraya. Walaupun pihak kerajaan sentiasa melakukan Ops Pencegahan dan Kempen Keselamatan Jalanraya namun tetap juga berlaku. Kalau ikut kiraan dah 24 kali Ops Sikap dijalankan oleh pihak polis. Kenapa ye?

Kalau tengok di negara kita, para penunggang motor yang mencatat jumlah kemalangan yang paling tinggi berbanding dengan negara lain. Kita tengok negara jiran Thailand dan Indonesia, para penunggangnya kebanyakkan tidak memakai topi keledar tapi jumlah kemalangan untuk penunggang motor rendah berbanding dengan negara kita yang memakai topi keledar.

Kalau kita imbas semula umat terdahulu sebelum Nabi Muhammad s.a.w, kalau mereka melakukan kemungkaran dan tidak mengikut perintah dan larangan Allah s.w.t, maka tidak lama selepas itu Allah akan turunkan bala dan azab kepada mereka. Contohnya kaum Nabi Luth diterbalikkan kampung mereka semua menjadi Laut Mati.

Cuba kita tengok keadaan negara kita macam mana, kejadian bunuh, zina, buang anak, derhaka mak ayah, gay, lesbian dan sebagainya lagi telah berlaku dan itu tanda-tanda awal kiamat. Kalau umat terdahulu, memang dah lama turun bala, namun Nabi kita terlalu sayangkan umatnya dan berdoa minta ditangguhkan bala yang akan menimpa kepada kita. Dan bala yang turun ni bukan pada yang melakukan kejahatan sahaja tetapi semua orang akan kena.

Kalau kita perasan, inilah kemungkinan bala yang sedang menimpa kita semua. Sedar atau tidak, bala kemalangan di jalanraya dan setiap hari mesti ada yang berlaku. Tak kira tua dan muda, kecil atau besar, ada sahaja yang kena. Maka dari itu, sentiasalah kita bertaubat dan beristighfar selalu semoga waktu kita dijemput nanti di dalam keadaan beriman. Amin...

Hidup hanya sekali, bila dah mati takkan dapat hidup lagi...

6 ulasan:

Run Away berkata...

takot juga bila di renungkan balik...;d

Kak Amy berkata...

setuju dengan awak , tapi pape pun minta di jauhkan la dengan perkara ang tidak di ingini...

Ce'gu JAERA berkata...

saya setuju... kita masih bersyukur Allah tak turunkan bala seperti mana umat2 terdahulu.. tengkla, semakin di beri peluang utk hidup bertaubat, slagi itu kemungkaran dan kemaksiatan masih berleluasa sana sini

Arpiiz berkata...

yelah, boleh jadi kemungkinan juga..

Unknown berkata...

kepadaNYA kita akan kembali

Ezad Skytech berkata...

kematian tak mengenal usia..semua da ditentukanNya..