Ahad, 11 September 2011

BEN ASHAARI ajak BLOGGER RAYA...

Dari facebook sendiri
Segmen raya anjuran Abg Ben untuk kali ini. Kalau nak join, boleh klik di SINI yer. Ok jom kita mulakan segmen... Maafla abg ben, gambar untuk raya tahun ni tak sempat nak klik-klik, jadi taruk gambar ni sahaja untuk segmen ni.

Tahun ni penulis beraya di kampung sendiri sahaja, suasana seperti biasa cuma bila dah berkeluarga ni kita yang sibuk bawa anak-anak berjalan raya ke rumah sedara dan jiran sekampung. Masing-masing bertanya kabar dan tanya dah berapa orang anak sekarang, bila nak kawin, kerja kat mana sekarang dan nak balik bila.

Bila bergaul dengan orang tua-tua di kampung ni, banyak cerita lama-lama yang kita dengar. Memang seronok kita dengar, dari satu generasi ke satu generasi dengan cerita pelbagai. Namun bagi penulis, rasa sedih pun ada kerana dek mendengarkan khabar yang tidak begitu menggembirakan...

Orang kampung banyak bercakap tentang Kerajaan nak ambil tanah dekat kampung penulis, nak buat bandar dalam taman kerana kampung penulis dekat dengan bandar Kuala Terengganu dan juga dekat dengan Masjid Kristal. Kedudukan kampung berada di tengah-tengah lokasi tersebut. Berkemungkinan akan di ambil pada tahun 2013...

Bagi kami orang kampung, mana lagi nak pergi?... Inilah satu-satunya kampung yang kami ada. Sedih penulis rasa, janganlah nak kejar kemajuan habis semua kenangan dan sejarah kita terhapus. Ramai orang-orang tua tidak bersetuju dengan rancangan tersebut kerana sayangkan tanah dan kampung ini. Kampung Kuala Hiliran adalah kampung ibu penulis....

Jadi raya tahun ni tidak lah begitu menggembirakan namun kami tetap meraikannya. Terima kasih abg ben kerana sudi membaca dan juga kepada sahabat blogger yang lain. Doakan semoga rancangan ini tidak berjaya...Amin

9 ulasan:

Kancil 8349 berkata...

demi keuntungan orang lain...kita pemilik tanah dibuang jauh2.,..pelbagai usaha yang mereka akan buat untuk kita keluar dari tanah sendiri...apapun, hanya pada kuasa Allah kita bermohon agar ia kekal dengan pemilik tanah

Yumida berkata...

indahnya suasana perkampungan tuu...n seronok bila bercampur gaul ngn org2 kpg kita...

slmt hari raya..follow sini la erk..

fiq. berkata...

samalah beraya kat rumah sendiri...

biase la tu, demi pembangunan, nanti semua harta khazanah/pusaka/ mak ayah, habis tergadai

maszull berkata...

salam santri...bestnya suasana kg tu tenang jer rasanya...:)

Saiazuan berkata...

huhu x join la.. :D

enjoy it

Niena Pengembara Ilahi berkata...

terlepasss segmen

Ummi_R❀salici❀us berkata...

salam...
t-shirt angry bird tu dah sampai tapi posmen tak dapat cari rumah awak n awak pun tak kasi no phone jd tak dpt la umi n posmen tu nak contact..
jadi umi minta barang tu letak d skynet dungun... santri boleh ambil dekat sana ok?? ambil tau jgn tak ambil!

アヌム ちゃん berkata...

cantik kampung..tahun ni x merasa raya dgn fmily..sob2..nasib ade hubby di sisi.heheh

Kancil 8349 berkata...

As Salam,

Kancil ingin mengajak kamu menyertai segmen Kancil...Kalau sudi joinlah segmen Kancil...

http://kancil8349.blogspot.com/2011/09/segmen-kancil8349-pengalaman-korang.html

terima kasih dan Kancil menghargainya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...