Selasa, 13 September 2011

Segmen Kancil8349 : Pengalaman Korang Semasa Menghadapi Peperiksaan UPSR

 

Jom join segmen dari blogger Kancil 8349, senang je segmen ni. Cuma ceritakan balik pengalaman kita semasa nak ambil UPSR dulu. Kalau ada yang nak join sekali, klik di SINI yer atau pun klik pada banner di atas, ok jom kita mulakan segmen...

Sebenarnya penulis takde pengalaman ni sebab penulis tak pernah ambil pun UPSR ni, bila habis darjah 5 je mak penulis terus masukkan ke sekolah pondok. Jadi pengalaman mengambil peperiksaan tersebut belum ada. Yang sempat hanyalah PMR dan SPM sahaja.

Cuma bila bersekolah pondok ni, ada juga peperiksaannya. Cuma namanya dalam bahasa arab, sama seperti Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah Agama la lebih kurang. Waktu tu memang semua pelajar wajib menghafaz surah-surah penting dan surah lazim untuk lulus periksa. Jadi kami semua setiap lepas subuh mesti menghafaz surah-surah tersebut. Sama macam yang selalu kita tengok orang dekat sekolah tahfiz macam mana mereka buat.

Minta doa dari mak dan ayah itu yang paling penting, sebab doa mereka lah kita semua dapat menjawab soalan periksan dengan baik. Satu lagi jangan lupa hormat pada guru dan minta keberkatan dari ilmu yang telah mereka ajarkan. Jangan lupa jasa guru, kerana mereka lah kita semua menjadi doktor, arkitek, CEO, engineer dan sebagainya. Mereka semua ibarat lilin yang menerangi kita sedangkan mereka sendiri hangus terbakar. Terima Kasih Cikgu...

Cuma bila time periksalah, semua pelajaran yang telah kita belajar selama ini, kita akan dapat ingat semuanya. Tapi bila dah habis periksa, semuanya turut hilang sikit demi sikit. Kalau ada yang ingat pun, yang selalu kita baca dan yang kita minat. Begitulah serba sedikit pengalaman penulis...

======================================

Nak tag 2 orang follower penulis yang terbaru :

1. http://umikasum.blogspot.com/
2. http://garethis-inkayz.blogspot.com/

9 ulasan:

Kancil 8349 berkata...

Salam,

terima kasih kerana join segmen Kancil...wah kalau tak silap ia dipanggil SRU tu kan...setaraf UPSR
Kancil pernah ambil exam macam tu...heheh

sepupu Kancil pernah belajar Sekolah Pondok...katanya best...

Yumida berkata...

insyaAllah will joining d segmen..tq Santri!

Yumida berkata...

dh join. viewing sini yer....

http://umikasum.blogspot.com/2011/09/segmen-kancil8349-pengalaman-korang.html

yayath berkata...

salam perkenalan:)

Eera Shera berkata...

salam kenal....

banyak jasa cikgu kan

Kancil 8349 berkata...

Assalamualaikum...

Kancil dah buat entri khas untuk blog ini...

http://kancil8349.blogspot.com/2011/09/entri-khas-mereka-yang-menghargai-jasa.html

Cik Sara berkata...

Salam kenal-kenalan..
Betul tu.. Besar jasa seorang pendidik..
Cikgu, Ustaz & Ustazah, Pensyarah dan mereka yang bergelar pendidik..

[sutera kasih] berkata...

ohh..x amek upsr ekk dulu..msk skola pondok tu bagus..

ciK LyndaWawa berkata...

wah..ustazahla ni...?salam ukhuwah..=]