Khamis, 1 September 2011

Jumpa duit raya...


Selamat hari raya dan maaf zahir batin pada semua pembaca yang setia. Terima kasih kerana sudi jenguk blog ni setelah beberapa hari tidak online disebabkan raya. Alhamdulillah, ada juga bertambah follower baru ke-182 walaupun tak sempat nak blogwalking.

Oklah, berbalik pada tajuk entri di atas. Ada yang pernah jumpa duit raya orang tak? Penulis pernah, masa tu masih kecik-kecik lagi kalau tak silap dalam sekolah darjah. Bagi kanak-kanak biasalah, hari raya nilah hari yang paling gembira buat mereka kerana mendapat duit raya disamping dapat bersama jalan ramai-ramai satu kampung pergi rumah orang.

Penulis pun turut sama, dari pagi sampailah tengahari nak masuk zuhur baru balik rumah. Perut toksah nak ceritalah, memang kekenyangan makan kuih raya. Tapi takpe...poket penuh. Masyuk.... Bila dah sampai rumah tu, time kira berapa dapat duit raya. Kadang ada mak sedara datang nak tukar duit raya seringgit-seringgit dengan kita orang.

Waktu petang time rilek-rilek sebab penat jalan raya pagi tadi. Mata ni duk pandang keluar tingkap, tengok ada lagi yang jalan raya petang-petang ni. Sedang memandang ke arah jalan, tiba-tiba mata ni tertumpu pada sesuatu di celah rumput.... Macam dalam gambar di atas yang baru diambil tadi sebagai contoh sahaja, nak menyedapkan cerita...

Dalam hati ni berkata : "Macam tebal je sampul tu...nak gi tengoklah"... Bila diambil memang betul sangkaan penulis, sampul tu memang berisi. Banyak jugak duit dalam tu tapi tak ingat berapa. Bila dah jumpa sesuatu, kebiasaan budak-budak akan memanggil maknya. "Mak...lie jumpa duit raya orang ni, banyak mak...". Mak pun tengok ikut tingkap, "Yelah, bawa sini, nanti mak simpankan yer..".

Selepas kejadian tu, penulis tak tau apa yang terjadi pada duit raya tu, mungkin mak dah bagi ke tabung surau agaknya. Sebab surau tak jauh dari rumah penulis. Jadi moral dari cerita ni, kepada semua kanak-kanak yang bawa duit raya masa jalan-jalan tu, kena simpan baik-baik. Lebih baik simpan pada ibu bapa kita supaya tak hilang macam dalam cerita ni. Lagi satu kalau jumpa duit orang, bagi dekat mak kita yer... Jangan simpan sendiri pastu buat belanja. Tak baik tau...

4 ulasan:

Anisa Anuar berkata...

tak perasan la kot orang tu yang dia dah hilang duit raye..
elok la tu derma kat surau...

tia @ Ini Kisah Tia berkata...

tu mesti sebab budak2 eksaited sangat dapat pegang duit banyak2 sampai siap boleh tercicir lagi ..

Unknown berkata...

murah rezeki :)

Zul fattah berkata...

haha..apasal ko tak tibai je duit tu?
haha..