Nak join segmen ni, boleh klik pada banner di atas. Dapat info tentang blog ni dari Kancil 8349. Ok, jom kita mulakan segmen ni.
Ada juga rakan blogger yang bertanya ada apa dengan nama SANTRI ni? Sebenarnya asal perkataan Santri ni adalah dari perkataan Indonesia yang ertinya dalam bahasa Melayu adalah pelajar sekolah agama. Ini kerana dulu penulis bersekolah agama di Klang.
Penulis rasa perkataan ni unik kerana dapat ditukar cara tulisannya dalam bahasa Inggeris ( SUN3 = SANTRI) dan bunyinya juga sama. Sebab ini jugalah penulis mengambil perkataan sun3 ini untuk URL blog penulis iaitu http://suntpini.blogspot.com.
Manakala TPINI pula adalah singkatan dari perkataan Taman Pendidikan Islam Nurul Iman yang merupakan tempat penulis menuntut ilmu dahulu dan penulis amat sayangkan sekolah ini. Banyak kenangan pahit manis ketika penulis berada di sana selama 7 tahun.
Mungkin ada yang perasan nama blog penulis ni Alumni Nurul Iman dan kenapa tidak Santri Nurul Iman, ini kerana adalah asal tujuan blog ni diwujudkan untuk semua bekas pelajar Nurul Iman yang ingin berkongsi apa sahaja atas nama Nurul Iman. Itulah sebab perkataan Alumni digunakan.
2 ulasan:
terima kasih join jugak...hehehe...baru taw...
nama yang menarik....boleh ingat sampai bila2 nie
Catat Ulasan