Khamis, 22 September 2011

Pengalaman semasa isteri berpantang...

My Hero and My Princess
Hari tu ada baca entri dekat blog kawan penulis, Cikgu Fad namanya. Entri beliau tentang tanggungjawab seorang suami kepada isteri selain dari mencari nafkah untuk keluarga. Dapat idea untuk entri kali ini seperti tajuk di atas.

Kepada yang sudah bergelar suami dan akan bergelar ayah tak lama lagi, boleh baca-baca entri penulis ni kalau sudi. Gambar di atas adalah dua cahaya mata penulis, hasil di edit oleh kawan penulis juga. Terima kasih buat Jani.

Memang kesian orang perempuan bila berpantang, selama 40 hari mereka akan berpantang salah satunya adalah makan. Pengalaman penulis kena memasak lauk untuk isteri selama 40 hari. Lauknya pun senang jer, para suami boleh belajar cara masak lauk ni untuk isteri.

Lauknya ialah ikan bakar kosong dengan sayur sawi masak bening campur dengan nasi kosong. Kalau nak makan lauk lain pun boleh tapi kalau lambat baik nanti jangan marah. Macam orang tua-tua kata, kena berpantang makan waktu ni kalau tak nanti lambat baik dan takut nanti badan sakit-sakit.

Cara masak pun senang je, ikan bakar kosong ni cuma pakai ikan selar je, yg lain takut gatal. Bersihkan ikan pastu tumbuk sikit lada hitam halus-halus, lumur pada ikan dan tabur garam sikit untuk perasa dan bakar. Untuk sayur sawi pula, bersikan sayur dulu, pastu ambik bawang putih 2-3 ulas dengan sikit lada hitam. Tumbuk sampai lumat, isi air dalam periuk dan masukkan yang ditumbuk tadi.

Masukkan sayur sawi dan sedikit garam untuk perasa. Bila tengok dah menggelegak, tutup lah api. Boleh di hidangkan panas-panas dengan nasi putih sampailah 40 hari. Resepi ni penulis dapat dari mak, lauk untuk isteri ketika berpantang. Nak pakai sayur bayam pun boleh sebab boleh tambah susu isteri ketika menyusukan anak.

==========================================

8 ulasan:

cikgu berkata...

Alala...rajinnya abg fadhli...suami mithali..hehe..suami mmg patut jaga isteri pantang dan bkn mak.sbb yg buat isteri mengandung kan dia gak...huhu..ni namanya susah senang bersama

Niena Muhammad berkata...

rajinnye :)
cth bapa mithali :D

[sutera kasih] berkata...

wahhhh satu contoh yg baik ni..suami mithali :)


thanks sudi join, masih byk space..tu jumlah komen saja..sy dh masukkan blog ni dlm bloglist 25 Kasih :)

Kancil 8349 berkata...

situasi yang sama dialami oleh Kancil...

Ce'gu JAERA berkata...

semoga kita menjadi seorang suami yang mitahli... insya Allah

Ezad Skytech berkata...

boleh dijadikan contoh ni..:)

Run Away berkata...

wa....harap nyer dapat suami yang memahami mcm ni juga...;d

Unknown berkata...

hmm susah nak jadi suami ni kan.. tanggungjawab semakin besar.. klu dah betul2 brsedia barulah boleh kawin