Jumaat, 14 Oktober 2011

Tazkirah Jumaat...


3 Amalan yang tidak terputus ganjaran pahala bagi sesiapa yang dapat mengerjakannya...

  1. Sedekah Jariah : Hari ni hari Jumaat, penghulu segala hari. Tidak salah untuk kita mengeluarkan sedikit wang untuk disedekahkan ke Masjid. Mana tau duit yg kita sedekahkan itu digunakan untuk pembangunan Masjid dan selagi masjid itu digunakan, pahalanya akan berterusan mengalir untuk kita sampai bila-bila. Sedekah juga salahsatu kunci murah rezeki...
  2. Ilmu yang bermanfaat : Ini keuntungan bagi seorang guru, sesiapa yang dapat jadi guru selalulah besyukur kerana tergolong dalam keuntungan ini. Ilmunya sentiasa dicurahkan untuk anak-anak muridnya. Harta jika dikongsi akan berkurangan tetapi ilmu jika dikongsi semakin bertambah. Kepada blogger yang banyak ilmu, jangan lupa ye berkongsi sama-sama...!
  3. Anak yang soleh dan mendoakan untuk orang tuanya : Satu motivasi untuk kita semua untuk menjadi anak yang soleh dan dapat berbakti kepada orang tua kita terlalu banyak jasanya. Dengan melihat wajah ibubapa kita pun dapat pahala, apalagi kita dapat mendoakan kesejahteraan untuk mereka. Anak ibarat kain putih, kitalah yang bertanggujawab mencoraknya.
Terima kasih kerana sudi membaca...

5 ulasan:

Bicara Bisu berkata...

Assalam..

tq for tazirah di hri penguhulu sehala hri nie...;)

semoga semua peroleyh manfaatnya...

ilmu yg baek tuk diamalkan:)

cikgu berkata...

harap yg no 2 tu akan tlg nanti...yg pntg kena niat keje tuk ibadah...

Unknown berkata...

moga kita semua diberi kekuatan utk mempraktikkn amalan2 ni dlm kehidupan...

Unknown berkata...

cuba menjadi anak yg soleh untuk ibubapaku :)

maszull berkata...

assalamualaikum santri...tazkirah Jumaat yg bagus izinkan mama share n3 ni yer...:)