Hari ini 15 Oktober 2011 Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan melancarkan My Kad Inovasi baharu menggantikan Mykad yang lama seperti gambar di atas. Sama-samalah kita nantikan bagaimana rupabentuk mykad inovasi yang baharu ini... Sedikit info tentang Kad Pengenalan : Latar Belakang |
Kad pengenalan telah dikeluarkan di Malaysia semenjak lebih lima puluh tahun dahulu. Tujuan utama pengeluaran kad pengenalan pada ketika itu adalah untuk menjaga keselamatan negara daripada ancaman komunis. Penggunaan kad pengenalan telah berjaya menghapuskan kesukaran mengenalpasti kumpulan komunis yang mengganas ketika itu. Sistem tersebut diwajibkan kepada rakyat Malaysia yang berumur 12 tahun ke atas dan ia berjaya menangani pergerakan komunis kerana kebebasan bergerak hanya terhad kepada pemegang kad pengenalan pada waktu itu. |
Evolusi Kad Pengenalan (1948 - 1999) |
Kad pengenalan Malaysia telah melalui pelbagai perubahan rekabentuk untuk memenuhi ciri keselematan selari dengan peredaran zaman. Era 80-an Kad Pengenalan Malaysia muncul sebagai dokumen yang sofistikated dan dilindungi oleh ciri-ciri keselamatan yang maju. Memiliki kad pengenalan adalah penting dalam urusan seharian individu dalam menjamin kesasihan pemegangnya untuk mengelakkan sebarang pemalsuan dan penyalahgunaan. (Sumber : Jabatan PendaftaranNegara JPN) |
11 ulasan:
adoi nak kena renew kad la mcm ni
ic yg ni pn stkt 'ic' je la..fungsinya x menyeluruh mcm yg diwar2kn..sama je mcm dulu..
hhmmm,nk kena tkr lg ke....
semoga ic yang baru nie dapat memudahkan kita
ic baru..? nak kena tukar lagi ke..? hee~
wah mykad baru..tapi bab-bab kena tukar yang malas ..
lpas ni, kena tukar kad baru r..? malasnye rasa nk ambik gambaq baru
camne plak ngan My Tentera :)
Ciri keselamatan yg lebih utk MyKad yg baru ni..
haaaa...lame x tukar ic...masih pakai ic brgambar form 1 dulu hehe
salam santri...wah kene wat IC baru ker ni...tapi cantik...:)
macam mana rupanya ek?
Catat Ulasan