Sabtu, 15 Oktober 2011

MyKad Inovasi Baharu

 
Hari ini 15 Oktober 2011 Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan melancarkan My Kad Inovasi baharu menggantikan Mykad yang lama seperti gambar di atas. Sama-samalah kita nantikan bagaimana rupabentuk mykad inovasi yang baharu ini... Sedikit info tentang Kad Pengenalan :
 
Latar Belakang 
 
Kad pengenalan telah dikeluarkan di Malaysia semenjak lebih lima puluh tahun dahulu. Tujuan utama pengeluaran kad pengenalan pada ketika itu adalah untuk menjaga keselamatan negara daripada ancaman komunis. Penggunaan kad pengenalan telah berjaya menghapuskan kesukaran mengenalpasti kumpulan komunis yang mengganas ketika itu. Sistem tersebut diwajibkan kepada rakyat Malaysia yang berumur 12 tahun ke atas dan ia berjaya menangani pergerakan komunis kerana kebebasan bergerak hanya terhad kepada pemegang kad pengenalan pada waktu itu.

Evolusi Kad Pengenalan (1948 - 1999) 
 
Kad pengenalan Malaysia telah melalui pelbagai perubahan rekabentuk untuk memenuhi ciri keselematan selari dengan peredaran zaman. Era 80-an Kad Pengenalan Malaysia muncul sebagai dokumen yang sofistikated dan dilindungi oleh ciri-ciri keselamatan yang maju. Memiliki kad pengenalan adalah penting dalam urusan seharian individu dalam menjamin kesasihan pemegangnya untuk mengelakkan sebarang pemalsuan dan penyalahgunaan.
 
(Sumber : Jabatan PendaftaranNegara JPN)

11 ulasan:

Unknown berkata...

adoi nak kena renew kad la mcm ni

Unknown berkata...

ic yg ni pn stkt 'ic' je la..fungsinya x menyeluruh mcm yg diwar2kn..sama je mcm dulu..

hhmmm,nk kena tkr lg ke....

Kancil 8349 berkata...

semoga ic yang baru nie dapat memudahkan kita

Ezad Skytech berkata...

ic baru..? nak kena tukar lagi ke..? hee~

Wardah alisya berkata...

wah mykad baru..tapi bab-bab kena tukar yang malas ..

Zul fattah berkata...

lpas ni, kena tukar kad baru r..? malasnye rasa nk ambik gambaq baru

Niena Muhammad berkata...

camne plak ngan My Tentera :)

nur berkata...

Ciri keselamatan yg lebih utk MyKad yg baru ni..

izzahdegreat berkata...

haaaa...lame x tukar ic...masih pakai ic brgambar form 1 dulu hehe

maszull berkata...

salam santri...wah kene wat IC baru ker ni...tapi cantik...:)

Rean berkata...

macam mana rupanya ek?