Ahad, 27 November 2011

Segmen eera: impian dan harapanku bersama blog


Nak join segmen ni, boleh klik pada banner di atas ye. Ok jom kita mulakan segmen ni. Sebenarnya impian penulis bersama blog ni untuk merapatkan kembali hubungan kami pelajar Nurul Iman yang telah lama terpisah. Bukan melalui facebook sahaja, tetapi melalui blog juga.

Dulu kami banyak berhubung melalui sms dan telefon, lepas tu kenal dengan Friendster. Sekarang dah tak pakai terus FS ni sebab Facebook dan kongker 100%. Ada yang tanya, kenapa sekolah kita takde Laman Web sendiri supaya lebih interaktif. Penulis bagi tahu nak buat laman web ni mahal, akhirnya wujudlah blog Alumni Nurul Iman ni.

Banyak juga cerita dan pegalaman yang penulis kongsi dalam blog ni dan Alhamdulillah impian yang diharapkan tercapai juga walaupun tidak sepenuhnya. Kami semua masih lagi berhubung sampai sekarang bermula dari tahun 1995 sehinggalah kini. Antara pemilik blog yang diantara kami adalah Cikgu Fad.

Blog dia memang best... Lukisan Hati Cikgu Fad

2 ulasan:

Eera Shera berkata...

terima kasih santri sudi join ;)

dr 1995? gila lama... bagus la korang..

persahabatan tu sampai bila pun takkan putus kan?

maszull berkata...

assalamualaikum santri...semoga sentiasa menjaga persahabatan itu selama2nya...:)