Setelah diteliti dan diperiksa pada bahagian statistik untuk bulan ini, sumber trafik untuk bulan ini jatuh kepada :
Dan entri yang paling banyak dilihat untuk bulan ini adalah : Audit Solat... Alhamdulillah, ramai yang sedar bahawa solat itu tiang agama.Terima kasih banyak kepada yang telah sudi singgah ke blog Santri ini...
Selasa, 31 Januari 2012
Jumaat, 27 Januari 2012
Dikesempatan yang masih ada...
Penulis rasa sungguh terkilan sampai ke hari ini. Walaupun penulis mempunyai handphone Nokia5800 yang boleh ambil gambar dan video, tetapi tak satu pun pernah mengambil gambar ibu penulis sendiri ataupun videonya.
Kalaulah penulis ada mengambilnya, bolehlah dibuat sebagai penawar rindu... Dapat mendengar suaranya, dapat melihat gambarnya. Rugi benar rasanya... Namun Allah dapat mendengar rintihan hati kita ini.
Ketika penulis memeriksa handphone sendiri, ini kerana handphone ni banyak sangat tangan yang memegangnya terutama anak-anak penulis. Mereka akan mengambil handphone ni dan pandai membukanya sendiri. Setelah diperiksa hasil kerja mereka, penulis terjumpa satu rakaman video yang diaorang main.
Alhamdulillah... walaupun videonya tak berapa jelas tapi kedengaran di dalam video tersebut suara arwah ibu penulis bercakap dengan mereka, Perasaan penulis pada waktu tu tak dapat dibayangkan bagaimana, hanya Allah sahaja yang tahu...
Terima kasih Ya Allah... atas Kurniaan Mu ini...
Khamis, 26 Januari 2012
Amalan ketika pergi ke kubur
Apakah amalan yang baik kita lakukan ketika pergi ke kubur...? Penulis buku tersebut mengatakan setiap hari Jumaat, roh yang ada di kubur masing-masing akan menunggu kedatangan anak cucu dan saudara mara untuk menghadiahkan bacaan Al-Quran, zikir dan sebagainya untuk mereka. Kita tak nampak mereka tapi mereka nampak kita.
Jadi kita jangan lupa untuk menghadiahkan bacaan kepada roh umat Islam yang ada di sana juga disamping kita membacakan untuk arwah ibu-bapa kita kerana mereka juga menunggu juga kiriman dari anak cucu saudara mereka. Kalau sebelum ini mereka tak pernah mendapatkannya, jadi bila kita hadiahkan untuk mereka juga, alangkah bahagianya mereka..
Tak rugi pun, kita baca Al-Fatihah pun dah cukup...
Isnin, 23 Januari 2012
Pernah tak terfikir macam ni...?
Dulu masa penulis kecik-kecik, ada terfikir macam manalah nanti kalau mak dah takde. Mesti rasa sangat sedih dan rasa cepat-cepat nak minta maaf dengan mak dan jadi budak baik. Tapi perkara tu sekejap je lepas tu nakal balik. Penulis selalu terfikir macam ni dulu masa nak tidur, mengalir air mata...
Sekarang bila mak dah betul-betul takde, perasaan tu masih sama dan terasa sangat kosong hidup ini. Kalau dulu masa kecik bila bangun tidur, tengok mak masih ada dan sempat untuk bersalam dan minta maaf dengan mak. Tapi sekarang dah tak dapat buat macam tu lagi...
Bagi sesiapa yang masih lagi ada ibu dan bapa, di kesempatan yang masih ada ini, cepat-cepatlah jumpa dengan ibubapa kita dan mintalah maaf pada mereka. Jangan jadi seperti penulis yang tidak sempat untuk berjumpa dengan ibu dan melihatnya di saat terakhir hidupnya.
Penulis rasa sangat rindu pada ibu penulis... terlalu rindu padanya...

Ahad, 22 Januari 2012
Download Jadual Tangga Gaji SBPA 2012
Akhirnya jumpa juga Senarai Jadual Tangga Gaji SBPA yang terbaru ni 2012, setelah menjelajah di dalam dunia maya ni. Penulis juga ingin berkongsi dengan semua jika ada yang berminat untuk melihatnya tetapi kenalah muaturun dahulu. Tak banyak sangat yang dapat dilihat kerana mungkin ada muka suratnya dah hilang, tapi bolehlah sekadar nak tengok-tengok dan sebagai rujukan.
Boleh klik di SINI untuk muaturun... Selamat mencoba !
Boleh klik di SINI untuk muaturun... Selamat mencoba !
Sabtu, 21 Januari 2012
Kenapa perlu dibezakan...?
Kenapa kita perlu dibezakan antara hijau atau biru? Ini yang ditanya oleh penulis dari seorang kawan di tempat kerja. Padahal kita semua adalah sama, orang Melayu dan Islam. Perlu ke ada perbezaan ini? Kadang penulis tak faham kenapa dengan sebab politik kita nak berpecah...
Teringat pula pepatah bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Bukan bercerai kita kawin lagi yer... Kadang penulis perhatikan, dengan sebab perbezaan inilah kadang kawan jadi musuh, sedara jadi hilang sedara dan banyak hubungan silaturrahim terputus.
Kan lebih baik kita bersatu padu. Buang yang keruh ambil yang jernih macam P Ramlee cakap dalam filemnya. Pergi sana boleh, pergi sini boleh kan senang. Tak perlu ada perbezaan ini yang menyebabkan kita semua berpecah.
Antara salah salah satu rahsia panjang umur dan murah rezeki adalah tidak memutuskan hubungan silaturrahim, ini yang Nabi kita bagi tahu, bukan cakap penulis.

Rabu, 18 Januari 2012
Selasa, 17 Januari 2012
9 Tanda-Tanda Saat Kematian
Buat pedoman dan peringatan buat semua dan khusus buat penulis sendiri...
- 100 hari, seluruh badan akan rasa bergegar.
- 60 hari, pusat rasa bergerak-gerak.
- 40 hari, malaikat maut datang untuk mendampinginya sehingga saat kematiannya dan kelihatan seperti orang yang sedang runsing.
- 7 hari, mengidam untuk makan.
- 5 hari, anak lidah rasa bergerak-gerak.
- 3 hari, bahagian tengah di dahi akan bergerak-gerak.
- 2 hari, seluruh dahi bergerak-gerak.
- 1 hari, terasa bahagian ubun-ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh dan asar.
- Saat akhir, terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang sulbi (di belakang badan). Pada waktu ini, eloklah kita duduk dengan diam dan sentiasa membaca syahadat.
Rabu, 11 Januari 2012
Pusara bondaku...
Al-Fatihah buat bondaku Hajjah Zubaidah Binti Haji Muda... Moga bondaku tenang dan bahagia di sana, Amin...
Sabtu, 7 Januari 2012
Tarikh 29 Disember 2011
Tidak akan ku lupakan tarikh tersebut... Maaflah pada semua yang jenguk ke blog penulis ni kerana dah lama tak update dan BW blog kawan-kawan. Perkara ini berlaku sebelum sampainya tahun baru 2012...
Sampai ke hari ini dah 9 hari berlalu... Ibuku telah mengadap Ilahi dan berada dipersemadiannya dengan tenang walaupun hati ini masih lagi sedih dan pilu mengenangkannya...Daku sangat rindu padanya walaupun ibu telah tiada, terasa sangat lama tidak bertemu dengannya walaupun baru 9 hari berlalu...
Daku sangat sedih kerana tidak dapat menatap wajah ibu kali terakhir kerana ia pergi tanpa diduga. Daku berada di Terengganu dan ibu berada di Kajang, Selangor. Pergi melawat kakak yang berada di sana dan telah pergi untuk selamanya...Masa yang berlalu begitu pantas sehingga daku tidak sempat untuk bertemu dengan ibu...
Ma...Maafkan anakmu ini, kerana tidak sempat untuk wajahmu kali terakhir. Doaku semoga roh Ma tenang di sana dan di tempatkan bersama orang-orang yang soleh. Amin...
-------------------------------------------------
Mood sedih...

Langgan:
Catatan (Atom)