Jumaat, 27 Januari 2012

Dikesempatan yang masih ada...


Penulis rasa sungguh terkilan sampai ke hari ini. Walaupun penulis mempunyai handphone Nokia5800 yang boleh ambil gambar dan video, tetapi tak satu pun pernah mengambil gambar ibu penulis sendiri ataupun videonya.

Kalaulah penulis ada mengambilnya, bolehlah dibuat sebagai penawar rindu... Dapat mendengar suaranya, dapat melihat gambarnya. Rugi benar rasanya... Namun Allah dapat mendengar rintihan hati kita ini.

Ketika penulis memeriksa handphone sendiri, ini kerana handphone ni banyak sangat tangan yang memegangnya terutama anak-anak penulis. Mereka akan mengambil handphone ni dan pandai membukanya sendiri. Setelah diperiksa hasil kerja mereka, penulis terjumpa satu rakaman video yang diaorang main.

Alhamdulillah... walaupun videonya tak berapa jelas tapi kedengaran di dalam video tersebut suara arwah ibu penulis bercakap dengan mereka, Perasaan penulis pada waktu tu tak dapat dibayangkan bagaimana, hanya Allah sahaja yang tahu...

Terima kasih Ya Allah... atas Kurniaan Mu ini...

14 ulasan:

Kazman / Sue berkata...

kena simpan baik2 video klip tu... memang sentimental value tu...

Tanpa Nama berkata...

kan.. bila lihat di telefon rata2 semua gambar anak2 kita.. tapi gambar ibu tiada pula.. pas ni nak banyakkan amik gambar ibu

Apple Pearl berkata...

Alhamdulillah..wlaupn xbnyak,tp adakn..simpan elok2..jgn sampai hilang taw..:)

maszull berkata...

assalamualaikum santri...alhamdullilah buat menghilangkn rindu pada arwah kan...

al-Fatihah buat ibu santri...

obat stroke berkata...

alfatihah.............

[sutera kasih] berkata...

simpan leklok yaa vid tu..
al-fatihah..

Miss Mus berkata...

sy pun rasa nak ambil gambar parent byk2 sementara mereka masih ada..

Ezad Skytech berkata...

erm...simpan baik2 ye video tu..

Unknown berkata...

...ADA selalu tidak disedari hinggalah ia TIADA...

Ckin Kembaq berkata...

ubat rindu dengn sedekahkan doa dan amalan kebaikan utk ibu..insyaAllah...beliau sedang menunggu doa dari anak2 yang soleh...insyaAllah....

ch000tz berkata...

simpan utk pengubat rindu hati...moga ibu ditempatkan bersama2 orang yang soleh....~amin~

Kancil 8349 berkata...

kancil turut sedih membaca entri kamu...ia juga memberi peringatan kepada Kancil...apapun, simpan bebaik video tu

Liza Razak berkata...

bila ada kesempatan baik kite gunakan sebaik-baiknye utk ibu bapa kita :)

Kayu Manis berkata...

saya ada juga simpan gambar arwah mak dan ayah tapi kepala tak ada,itulah satu2nya..adalah hikmahnya tu..

al-Fatihah..