Sabtu, 21 Januari 2012

Kenapa perlu dibezakan...?

Kenapa kita perlu dibezakan antara hijau atau biru? Ini yang ditanya oleh penulis dari seorang kawan di tempat kerja. Padahal kita semua adalah sama, orang Melayu dan Islam. Perlu ke ada perbezaan ini? Kadang penulis tak faham kenapa dengan sebab politik kita nak berpecah...

Teringat pula pepatah bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Bukan bercerai kita kawin lagi yer... Kadang penulis perhatikan, dengan sebab perbezaan inilah kadang kawan jadi musuh, sedara jadi hilang sedara dan banyak hubungan silaturrahim terputus.

Kan lebih baik kita bersatu padu. Buang yang keruh ambil yang jernih macam P Ramlee cakap dalam filemnya. Pergi sana boleh, pergi sini boleh kan senang. Tak perlu ada perbezaan ini yang menyebabkan kita semua berpecah.

Antara salah salah satu rahsia panjang umur dan murah rezeki adalah tidak memutuskan hubungan silaturrahim, ini yang Nabi kita bagi tahu, bukan cakap penulis.

3 ulasan:

saya cello191 berkata...

tak taw nk komen camne..
tp kalau dh xleh bersatu,t'paksa la lawan..
entahla....=.="

Kancil 8349 berkata...

ego politik tu...masing2 ndak mahu mengalah...

maszull berkata...

assalamualaikum santri...x payah bergaduh sesama sendirikan bersatu kita teguh bercerai kita roboh...:)