Ahad, 26 Februari 2012
Harga insuran terus naik !!
Semalam penulis baru sahaja memperbaharui road tax dan insuran motor untuk tahun ini. Dalam hati berharap agar harga insuran untuk tahun ini akan turun. Dapatlah gunakan duit yang lebih untuk keperluan yang lain. Pergi pejabat pos, ambil nombor dan tunggu giliran.
Tahun lepas, penulis juga terpaksa membayar dengan harga yang lebih juga berbanding tahun yang sebelumnya dalam sekitar RM 115 sahaja. Setelah dikecilkan jumlah insurannya, jumlah bayarannya adalah RM 145. Naik RM 30 lagi....
Berbalik pada cerita asal, setelah nombor giliran penulis dipanggil dengan penuh harapan penulis berharap kerani pos mengira jumlah insuran agar dapat bayaran lebih murah. Akhirnya kerani tersebut berkata, "Encik, tahun ni kena bayar lebih sikit sebab syarikat insuran kenakan bayaran PA termasuk dengan insuran sekali".
Kena bayar lebih lagi...? Penulis tanya PA tu apa dan kerani menjelaskan PA tu Personel Accident dan semua wajib kena ambil mula tahun ini. Terpaksalah membayar dengan harga yang lebih lagi untuk setiap tahun, setelah dikira semuanya penulis kena bayar RM 176 + +. Naik lagi RM 25...
Huhuhu... setiap tahun kena bayar lebih... Pihak Kerajaan takde ke ambil kisah tentang hal ini...? Kalau orang yang susah, macam manalah mereka nak membayar insuran motor yang selalu naik ni.....?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
7 ulasan:
huhu....tu la kan ...sepatutnya insurans lagi turun tapi ini nilai motor lama lagi mahal insurannya...hadoii.
pelik...mengapa macam tu...orang insuran kalau minta duit bukan main laju dorang minta...bila kita minta dengan dorang bukan main malas mahu kasi keluar...
assalamualaikum santri...walaupun mahal tetap juga kena belikan kalau x susah nantikan...:)
bikin saya pusing kalo terus naik
insuran tu dah wajib dah yee... bulan januari aritu kami beli avanza pun dah kena dah.... nak tak nak kena beli juga...
biasalah sekarang semua benda nak dinaikkan..memang yang xmampu jenuhla nak membayar
Apa pun keadaannya, kita tetap wajib kena beli. Kalau tak beli mcm mana nak renew road tax. Lagi satu, kalau kita terlanggar kereta org lain atau harta org lain, kita ade ke duit cash puluh2 ribu nak ganti kerosakan tu. Sbb tu lah kerajaan wajibkan kita beli insuran. Bukan takat nak renew road tax je.
Catat Ulasan