Khamis, 29 Mac 2012

Apalah dengan Astro ni...


Kali ni nak membebel sikit, maaflah dekat sini untuk meluahkannya. Hari ini cerita tentang Astro yang banyak kerenahnya. Penulis pakai astro ni sebab arwah mak nak sangat tengok rancangan astro aosis sebab masa tu banyak rancangan tentang haji.

Masa nak daftar, dia tak cakap pun apa-apa syarat ataupun kontrak yang menyusahkan. Isi borang, bayar duit dan tunggu orang pasang piring astro. Masa tu penulis ada juga bertanya pada penjual, "Ada apa-apa lagi ke...? Penjual tu cakap dah takde apa-apa." Tak cakap pun pasal kontrak ni...

Dah pakai 3 bulan, arwah mak cakap dah boringla nak tengok astro ni sebab rancangannya sama je. Bila hujan takde siaran. Arwah mak suruh tutup jela. Pergilah dekat pusat astro, nak tahu apa diaorang cakap...? "Encik kena pakai astro ni sampai DUA TAHUN, baru boleh stop. Laaa... dulu tak cakap pun macam tu.

Akhirnya, oleh kerana rasa tertipu penulis pun cabut wayarnya dan simpan dekodernya bawah katil sampai dua tahun. Sepanjang dua tahun, pihak astro asyik telefon je dan tanya nak sambung lagi ke sebab bayar bil sampai 3 bulan je. Cukup je masa dua tahun, penulis pergi semula ke pusat astro balik untuk terminated perkhidmatannya.

Nak tahu apa yang diaorang cakap lagi...? "Encik tak boleh stop lagi sebab tak cukup DUA TAHUN lagi ni. Penulis tanya kenapa pula, kan saya dah cukup dua tahun ni. Diaorang cakap macam ni, "Memanglah encik dah pakai DUA TAHUN tapi dalam perkhidmatan kami encik hanya AKTIF tiga bulan sahaja. Jadi kalau nak terminated, KENA AKTIF PAKAI ASTRO SAMPAI DUA TAHUN baru boleh stop.

Macam tu pulak... kena aktif pakai sampai dua tahun baru boleh berhenti. Masa kita nak dia, manis betul mulut diaorang ni, Bila kita dah tak nak pakai, macam-macam pula alasannya. Nasihat penulis, sebelum nak ambil apa-apa perkhidmatan berbayar ni, tanya betul-betul apa syaratnya. Takut jadi apa-apa kemudian nanti. Apa pula komen anda tentang Astro ni...?

13 ulasan:

ciksukaberangan berkata...

astro.. hhmm. mula2 excited la beli sebab ada macam2 channel.. tapi da lama tu tengok cite sama je.. haiyaaaa... tak best je. tapi suka tengok astro oasis, hijrah, bella semua. hahaha.. biasalah, nak tarik pelanggan, memanglah kata2 manis je :D pakai jela dulu :D

Kazman / Sue berkata...

aikk... ni memang kes naya ni... cakap kasi terang la yee...

tapi saya thu memang ada kontrak 2 tahun masa nak langgan... so terusje la langgan letak kat rumah mak kat kampung...

Ain Zayy berkata...

astro macam-macam ada, macam-macam pe'el nyaaa..=)

Unknown berkata...

tulah kan.....semua sama kecuali sukan je...lain tiap² kali ada live...tu je sebab amik astro

Unknown berkata...

hmm bukan salah astro sbrnya sebab memang biasanya pelanggan akan terikat dengan 2 tahun kontrak :)

nextime kalau nak langgan apa2 make sure tahu dulu apa kontrak/terms yang diorng tulis, atau dapat info dari kawan yang guna ya :)

Ezad Skytech berkata...

lagipun astro suka ulang cerita tu byk2 kali sampai da naik muak...bila hujan je takde siaran...baik tak payah ada astro...siaran biasa pun ok...

Tanpa Nama berkata...

dah naik pening jugak astro nie..kalau yg ulang tu rancangan best ok jugak,ganguan siaran time hujan biasa..sensitif..

mr berkata...

Alhamdulillah sekarang makin ok ASTRO dekat rumah ni. Hehe... Memang bbanyak ulangan. Selalunya if series hari biasa, diorang akan siar balik hujung minggu sebab ramai yang xsempat tgk kan. N if waktu siaran siang, tgh2 malam ade jugak ulangan bagi yg keje siang tadik. Sekarang pakai ASTRO Byond, hujan pun sikit2 je probs, xmacam before, trus xboleh tgk langsung.

If xnak ade probs tros, IPTV jela gamaknye. =)

Ckin Kembaq berkata...

ni sebab nak bagi langganan tu tak putus mcm tu je la....sabarla...simpan 5 tahun, nt jawapan sama akan diberkan?...

www.bizmoon@blogspot.com berkata...

mmg sokong sgt dgn penulis. saya pon dah lama stop astro n x hingin nak amik lg, ada byk sbb, pasal kontrak pon betul, saya dulu terminate sblom 2 tahun kene bayar denda, saya bayar jer drpd sakit hati kene cekik darah dgn sykt yg nak kaut untung lebih jer..., lg satu memang meluat nengok criter yg sama dah tu mcm sampah punyer criter diulang tayang sebulan 4 kali, pastu bln depan ulang lg dan begitulah sterusnya... kalau penonton x suke x per bleh tgk slot yg khusus utk filem baru...tp siaplah duit kowrang dia tekan jugak kene bayar package lain lak kan... emmm x per lah, baik simpan duit utk perkara2 yg lebih bermanfaat drpd berabis utk hiburan yg berlebih-lebihan. cukuplah TV1 sampai TV9 pown x sempat nak nengok smua... takde faedahnya dunia wal akhirat kan...
P/S : nasib baik aku bukan mangsa hiburan semasa!!!

hidzir berkata...

salam.... sbl ini sy sdr mengalami masalah sm dgn penulis 2 thn lepas, ttp setelah hampir setahun lebih sy menggunakan OPENBOX setelah diperkenalkan oleh seorang kawan, alhamdulilah sehingga kini tiada masalah.
Dah lah murah cuma rm25.00 sebulan tp pakej langganan hanya 2 shj iaitu setengah thn atau 1 thn kira berbaloi jugaklah tak payah nak pening kepala pikir bil bulan2. Pastu yg menariknya semua channel dapat tengok termasuk astro first dan astro best.
So korang kalau nak langgan blh hubungi saya

merahsakti berkata...

senang jer nk terminate wlaupun ada kontrak lagi.
1- mula2 call astro ckp nk terminate sbb xpuas hati bila hujan jer xboleh nk tengok. dia akn ckp still xboleh terminate gak.
2- buat laporan kpd biro pengaduan awam ttg masalah yg sama. n minta penyelesaian utk terminate astro.

settle.

Unknown berkata...

pada 7/10/13 saya dapat sms akaun tunggak rm77.25, pada awal bulan 11 saya pay rm50, hari ni dapat sms bill tunggak rm 279.80, kenapa bill sampai naik mendadak??? aku pakai pakej beyond je ni. nak je aku terminate service astro yang bodoh haram jadah ni