Rabu, 21 Mac 2012

Back-up komputer anda dengan...


Bulan lepas baru habis belajar repair komputer dan kursusnya tak lama, cuma 3 hari je. Memang ekspres betul kursus ni, nasib baik penulis dapat ikut dan catch up. Lagi satu disebabkan minat untuk membaiki komputer sendiri.

Antara pelajaran yang berguna adalah bagaimana untuk kita back up komputer serta drivernya sekali. Kebiasaanya lepas kita format komputer, maka driver asalnya akan hilang dan terpaksa mencari dan mendownloadnya di internet. Memang menyusahkan!

Cara yang lebih senang dan mudah ialah, kita back up driver komputer kita semasa ianya masih ok dan tiada masalah. Sebenarnya banyak software untuk back up driver ni, tapi yang penulis dapat dari kursus repair komputer baru-baru ini. Lepas siap back up driver yang ada, bolehla kita simpan di dalam external hard disk atau pun cd.

Lagi satu kebaikan software ni adalah ia akan scan komputer kita dan akan mengesan apakah kekurangan driver yang ada dalam komputer kita dan mendownload untuk kita driver tersebut. Sebelum download, kita boleh pilih terlebih dahulu. Ada yang berminat untuk cuba software ni? Boleh PM penulis di ruangan komen dan tinggalkan emel anda. Terima kasih sudi membaca...

4 ulasan:

Kakzakie Purvit berkata...

Kakak bab-bab IT bila ada masalah memang panggil mereka. Guna bolehlah tapi bila ada sedikit masalah pun panggil org IT...

are_lin@yu berkata...

ayu xpandai lah bab2 ni..tau gna ja..bla rsak bru tau kta da vius..hehe

Kazman / Sue berkata...

memang memeningkan kalau software driver tak de lepas format PC... wajib ada software ni....

farhan berkata...

saya berminat nak cuba software tu..ni email saya farhanmddn@yahoo.com