Jumaat, 9 Mac 2012

SBPA dihapuskan dan SSM diteruskan semula

Khabar yang menggembirakan buat semua penjawat awam setelah PM mengumumkan kenaikan gaji buat semua semua peringkat dari Gred 1-54 naik 13 %. Selain itu 7, 8, 9 % untuk peringkat yang lebih atas. Selain dari itu COLA juga dinaikkan RM50 untuk penerima COLA RM200 dan RM100.

Alhamdulillah, rezeki jangan ditolak namun yang menggusarkan nanti adakah harga barang-barang juga turut naik  ke? Kalau naik, memang memberatkan bagi yang berpendapatan rendah yang tidak tetap. Kalau pekebun dan nelayan yang pendapatannya tidak menentu, bagaimanakah nasib mereka.

Semoga perkara ini tidak berlaku dan kepada peniaga, janganlah menaikkan harga barang sesuka hati disebabkan penjawat awam naik gaji. Kesianlah kepada mereka yang susah dan tidak ada pekerjaan yang tetap kerana mereka juga pengguna harian.

Klik di SINI untuk jadual gaji SSM

3 ulasan:

maszull berkata...

assalamualaikum santri..bagi penjawat awam pasti gembira dgn pengumuman itu..:)

Unknown berkata...

nightmare kepada pelajar kalau harga barang naik

Jus Kulit Manggis berkata...

emang pusing nih kalo harga naik :(