Ahad, 1 April 2012

Senaman minda...

Jom teka...

Ada seorang pemandu membawa kereta berwarna hitam. Sambil  memandu dia memakai spek mata hitam dan pada waktu itu tiada cahaya bulan dan tiada bintang. Lampu jalan pula tidak menyala pada ketika itu dan lampu kereta rosak. Tiba-tiba seekor kucing hitam melintas jalan dan dengan selamba sahaja pemandu tersebut mengelakkan keretanya daripada melanggar kucing tersebut. Kenapakah pemandu itu boleh mengelak dengan mudah dari melanggar kucing itu...?

DAH TUTUP...

9 ulasan:

azam berkata...

lampu kereta dia pasang

Citra NaniZam berkata...

sama cam azam :)

Muhammad Saiazuan Norhalik berkata...

dia mengelak sbb nak elakkn binatang kesayangn rasulullah tu mati

Eera Shera berkata...

dia nmpk mata kucing tu kot.. haha

Yumida berkata...

coz...mata kucing tu bersinar berkelip2...

Tiramisu Fatiema berkata...

pening fikir solan nie..huhu.mungkin sebab mata pemandu tu tak buta lagi kot..haha..tu boleh nmpak..takpun siang lagi dah takde cahaya bintang,bulan..

Kancil 8349 berkata...

pening juga menjawab soalan nie...tapi penuh dengan tanda tanya...kot dia bermimpi sebab boleh mengelak kucing tersebut...mana mungkin kucing yang hitam boleh dilihat dalam keadaan yang gelap...

Kazman / Sue berkata...

dah kucing tu dalam lori... giler pemandu tu nak langgar lori... haaa3x... sajer je teka...

selamat berhujung minggu....

maszull berkata...

assalamualaikum santri...wah soalan teka teki lg ye...:)