Jumaat, 18 Mei 2012

Ilmu Faraid (6)

1.1) Pewaris yang mendapat bahagian ½ adalah 5 orang iaitu :

1) Suami si mati
2) Seorang anak perempuan
3) Seorang cucu perempuan daripada anak lelaki
4) Seorang saudara perempuan kandung
5) Seorang saudara perempuan sebapa


Catatan :

1) Suami berhak mendapat bahagian ½ syaratnya apabila si mati tidak mempunyai anak atau furu’ waris dengannya.

2) Seorang anak perempuan si mati berhak mendapat bahagian ½ syaratnya apabila si mati tidak mempunyai anak lelaki.

3) Seorang cucu perempuan daripada anak lelaki berhak mendapat bahagian ½ syaratnya apabila si mati tidak mempunyai anak lelaki dan perempuan dan juga cucu lelaki daripada anak lelaki.

4) Seorang saudara perempuan kandung berhak mendapat bahagian ½ syaratnya apabila si mati tidak mempunyai bapa, saudara lelaki kandung, datuk, anak lelaki, cucu lelaki daripada anak lelaki, anak perempuan dan cucu perempuan daripada anak lelaki.

5) Seorang saudara perempuan sebapa berhak mendapat bahagian ½ syaratnya apabila si mati tidak mempunyai bapa, saudara lelaki kandung, datuk, anak lelaki, cucu lelaki daripada anak lelaki, anak perempuan, cucu perempuan daripada anak lelaki dan saudara lelaki sebapa.



bersambung...

6 ulasan:

Kakzakie Purvit berkata...

Mengenang kembali masa sekolah dulu bila baca N3 ini Santri...

maszull berkata...

assalamualaikum santri...ilmu faraid ni mmg baik untuk semua pembaca yg kurang tahukan dan elok kita fahami kesemuanya....:)

Bobo berkata...

bagus info ni, wajar dijadikan rujukan..

Kancil 8349 berkata...

info yang menarik...

Tanpa Nama berkata...

bab faraid ni ramai yg tak tau.. masing2 ingat pembahagian harta kena sama rata.. tapi sebenarnya dah ada hukum yg ditetapkan

Tanpa Nama berkata...

bab faraid ni ramai yg tak tau.. masing2 ingat pembahagian harta kena sama rata.. tapi sebenarnya dah ada hukum yg ditetapkan