Ilmu faraid adalah salah satu daripada ilmu agama yang perlu diketahui dan dipelajari oleh setiap mukallaf kerana hukumnya adalah fardhu kifayah. Ianya berkisar tentang pembahagian harta pusaka dengan menggunakan cara pengiraan yang ditetapkan mengikut kaedah yang telah ditentukan oleh syarak berdasarkan dalil ayat yang ada di dalam Al-Quran. Ilmu ini juga dikenali dengan nama Ilmu Mawaris. Ianya digunakan apabila si mati meninggal dan tidak meninggalkan wasiat kepada warisnya.
Kelebihan Ilmu Faraid :
Kelebihan bagi orang yang mengetahui dan mempelajari ilmu faraid ialah dapat mengetahui penentuan tentang kadar hak-hak pembahagian harta pusaka kepada yang berhak menerimanya. Dengan mengetahui ilmu ini juga kita dapat mengelakkan manusia daripada perbalahan sesama sendiri walaupun dalam satu keluarga kerana cara pembahagiannya adalah secara adil dan saksama mengikut apa yang telah ditetapkan oleh syarak. Para ulamak juga berpendapat bahawa ilmu faraid adalah ilmu yang pertama di angkat ke langit berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a.
Dalil Naqli Daripada Al-Quran :
- Surah An-Nisaa’ ayat 11.
يُوصِيكُمُ ٱللَّهُ فِىٓ أَوۡلَـٰدِڪُمۡۖ لِلذَّكَرِ مِثۡلُ حَظِّ ٱلۡأُنثَيَيۡنِۚ فَإِن كُنَّ نِسَآءً۬ فَوۡقَ ٱثۡنَتَيۡنِ فَلَهُنَّ ثُلُثَا مَا تَرَكَۖ وَإِن كَانَتۡ وَٲحِدَةً۬ فَلَهَا ٱلنِّصۡفُۚ وَلِأَبَوَيۡهِ لِكُلِّ وَٲحِدٍ۬ مِّنۡہُمَا ٱلسُّدُسُ مِمَّا تَرَكَ إِن كَانَ لَهُ ۥ وَلَدٌ۬ۚ فَإِن لَّمۡ يَكُن لَّهُ ۥ وَلَدٌ۬ وَوَرِثَهُ ۥۤ أَبَوَاهُ فَلِأُمِّهِ ٱلثُّلُثُۚ فَإِن كَانَ لَهُ ۥۤ إِخۡوَةٌ۬ فَلِأُمِّهِ ٱلسُّدُسُۚ مِنۢ بَعۡدِ وَصِيَّةٍ۬ يُوصِى بِہَآ أَوۡ دَيۡنٍۗ ءَابَآؤُكُمۡ وَأَبۡنَآؤُكُمۡ لَا تَدۡرُونَ أَيُّهُمۡ أَقۡرَبُ لَكُمۡ نَفۡعً۬اۚ فَرِيضَةً۬ مِّنَ ٱللَّهِۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمً۬ا
Daripada Hadis Nabi yang bermaksud :
- Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : Hendaklah kamu mempelajari ilmu faraid kerana sesungguhnya ianya adalah daripada agamamu dan ianya adalah sebahagian daripada ilmu-ilmu yang pertama akan diangkat (dicabut) daripada umatku.
(Dipetik dari Kitab Cahaya Mustika - Karangan = Ustaz Haji Abdul Ghani bin Haji Yahya)
bersambung...
9 ulasan:
waktu skolah dlu , ain minat gyle dengan pljran faraid/Miras nie !
kalo ustaz masok , ain orang ptame bkak bku , hehe .
perkongsian yang bagus...kancil pernah belajar mengenainya..namun tidak mengambil serius apapun terima kasih
waktu sekolah agama dulu ada belajar ni...
ye,betul tu.
dah ada ilmu tu kadang2 org pening lagi nak agih2 harta.
masih sayangkan dunia lagi la ni.
tanah ada kat kmpung terbiar macam tu aje.
tak boleh biarkan tanah kosong tanpa di usahakan,atau tak buat sesuatu,berdosa.
kalau kita berckp nampak sgt org kata kita pulak terhegeh2 nak.
lari tajuk ke kak ni?
assalamualaikum santri....nice n3 pas ni kalau ada yg kurang faham boleh la rujuk kat sini yer...:)
teringat masa zmn sekolah dulu belajar :)
thanks mengingatkan semula..
ye sangat penting kita tau..memang ade yang sanggup putus persaudaraan,bergaduh pasal harta pusaka nie,terima kasih kongsi ilmu nie..
Salam hari Rabu Santri...moga ceria selalu
dulu penah praktikal di pejabat daerah penang...and pernah dengar dua family bergaduh pasal ni..bergaduh mulut dengan suara yang kuat tanpa menghiraukan org sekeliling..smpaikan kena panggil pegawai turun tengok..hmmm
p/s: kita boleh berurusan dengn org berilmu, tpi amat sukar nak berurusan dengan org yg krg ilmu...tak gitu?....so mau tak mau, kena amik tau... ^_^
Catat Ulasan