Bila sebut Israk Mikraj, mesti kita terfikir tentang perjalanan Nabi Muhammad s.a.w dari Makkah ke Palestin dalam masa satu malam sahaja. Dan dari Palestin terus naik ke langit berjumpa dengan Allah s.w.t bagi menerima perintah solat 50 waktu sehari semalam.
Setelah berjumpa dengan nabi-nabi terdahulu seperti Nabi Musa dan Nabi Ibrahim, mereka mencadangkan untuk berjumpa semula dengan Allah minta dikurangkan dari 50 kepada 5 waktu sahaja. Akhirnya permintaan Nabi diperkenankan oleh Allah dan pahala solat 5 waktu tetap sama dengan 50 waktu.
Ada kisah menarik tentang Buraq yang dinaiki oleh Nabi Muhammad s.a.w sewaktu peristiwa ini. Menurut kisahnya, buraq tersebut tidak tahu bahawa dia akan ditunggangi oleh Nabi kerana masih ada buraq-buraq yang lain yang lebih hebat darinya.
Namun dia telah dipilih kerana bersifat kerendahan hati dan tawadhu' berbanding yang lain. Setelah diberitahu bahawa dia akan ditunggangi oleh Nabi, dia amat berasa gembira dan bersyukur kerana terpilih. Wallahu a'lam...
6 ulasan:
slmt menyambut israk mikraj ;)
assalamualaikum santri...selamat hari israk mikraj..:)
baru sempat singgah sini..baru nak sempat ucap..selamat menyambut israk mikraj..moga hayati peristiwa nie..
salam singgah di sini.
kita baca,byk juga penceramah yg menyampaikan ttg Israk Mikraj,dan merata masjid menyampaikan ilmu mengenainya..
harap2 kita mengambil pengajaran tentang perjalan Nabi dan mengambil iktibar.
ndak dapat hadir ceramah Israk Mikraj..kebetulan balik kampung pada waktu petang
Catat Ulasan