Baru-baru ini ada kawan kepada kawan penulis meminta tolong untuk membaiki komputernya. Ceritanya komputer dia tidak ditutup semasa berlakunya petir. Secara tiba-tiba komputernya mati dan tidak dapat dihidupkan semula.
Setelah cuba menukar Power Supply yang baru, ternyata tidak dapat hidup juga. Akhirnya penulis cuba bawa balik ke rumah untuk membaikinya dengan lebih teliti. Setelah membuat servey dalam internet, ternyata masalah yang dihadapi adalah Mother Board.
Kos untuk menukar mother board yang baru agak mahal dalam sekitar RM350. Berlaku masalah lagi dimana mother board yang hendak ditukar sudah tidak ada lagi di pasaran iaitu GA1156. Akhirnya penulis mencadangkan supaya beli CPU yang baru jela sebab kalau beli mother board yang lain, harganya sekitar RM750.
Istilah dalam dalam PC :
- Mobo : Singkatan dari Mother Board
- PSU : Power Supply Unit
Catatan : Kalau sayangkan komputer anda, off kan je bila dengar bunyi guruh dan petir...
4 ulasan:
assalamualaikum santri...betul tu kena offkan kalau x kes naya jer pc jadi mcm tu...:)
terima kasih info..nak berhati2 lepas ni..tika ada guntur kilat. memang bahaya ya
terima kasih info..nak berhati2 lepas ni..tika ada guntur kilat. memang bahaya ya
sy pnye tkr dah mother board. kena rm280. hrga student kot dpt murah sikit. tp lptop tu mmg dah rsk. bru tukar hard disk plak rsk..kena rm300 plak :(
Catat Ulasan