Sabtu, 25 Mei 2013

Alarm kereta viva tiba-tiba berbunyi...


Pernah tak berlaku macam ni? Lepas mengunci kereta tiba-tiba alarm berbunyi bertalu-talu seolah-olah kita tak kunci. Bila kunci semula, tak lama kemudian alarm berbunyi lagi. Tekan remote berkali-kali pun jadi macam tu juga. Apa masalahnya ye?

Jalan penyelesaiannya ialah mencabut wayar bateri barulah senyap. Pastikan waktu mencabut wayar bateri tengok tanda (-) negatif ni dulu, baru cabut yang positif (+). Nak pasang balik pun kena yang tanda (-) ni dulu. Kalau main cabut je takut kena renjatan elektrik pula.

Setelah diperiksa, rupa-rupanya masalah tersebut ialah pada remote kunci kereta sendiri. Penulis perasan apabila menggunakan remote yang satu lagi (kunci pendua), alarm kereta tidak lagi berbunyi. Jadi sebagai peringatan kepada penulis, janganlah lupa untuk memeriksa jangka hayat bateri remote tu.

Bila dah sampai setahun, bolehla tukar bateri yang baharu agar masalah ini tidak lagi terjadi. Nasib baik tak hantar kedai, kalau tidak habis berapa RM agaknya untuk baiki. Padahal masalahnya cuma adalah bateri...

2 ulasan:

keli menari berkata...

Hehe,naseb bek , selamat rm

Mas Zull berkata...

assalamualaikum santri...betul tu kena tahu semuanya...:)

p/s selamat kembali berblogging...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...