Ahad, 4 Ogos 2013

Cara untuk menganyam ketupat


Cara untuk menganyam ketupat yang ditunjukkan dalam video ni sama dengan cara yang penulis guna. Teknik yang digunakan sedikit lain dari cara yang asal. Kalau cara yang lama agak berbelit-belit dan kena cepat sikit menganyamnya kerana takut terburai dan jari-jari kena cepat.

Cara yang ni boleh diajar dan ditunjukkan kerana anyamannya tidak cepat terburai. Kalau perasan, ekor ketupat yang keluar mungkin sebelah kanan dan anyaman ketupat yang asal keluar sebelah kiri. Selamat menonton dan mencuba...

3 ulasan:

maszull berkata...

assalamualaikum santri...selamat hari raya yer...seronok nak menganyam ketupat...;)

Kayu Manis berkata...

tak reti2 sampai skrg..sbb tak pernah nak cuba mengayam,,tapi kalau cuba boleh kut..selalu beli je..sarung dia..balik masuk je beras..

Kakzakie Purvit berkata...

Insya-Allah kakak masih boleh lagi membuat sarung ketupat. Kakak ada banyak bentuk boleh buat tau:)

Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin dari kakak ye