Khamis, 24 Oktober 2013

Kurma baik untuk wanita


Dalam Al-Quran pada surah Maryam ayat ke-25 ada menyebutkan bahawa Maryam memakan kurma ketika itu. Pada waktu tersebut Maryam sedang mengandungkan Nabi Isa a.s. Berdasarkan pada ayat ini Allah memberitahu pada kita bahawa kurma itu baik untuk wanita yang sedang mengandung.

Kita semua pun sudah tahu kelebihan dan khasiat buah kurma, boleh baca di SINI lagi untuk lebih informasi. Salah satunya adalah walaupun kurma ini manis tetapi semut takkan dekat dengannya seperti gula.

Persoalan yang timbul adalah kurma yang bagaimana yang dimakan oleh Maryam ketika itu? Dalam ayat surah Maryam tersebut menyebutkan perkataan RUTOB. Maka kurma yang dimakan adalah kurma Rutob iaitu kurma yang segar dan separuh masak macam gambar dia atas.

Boleh rujuk surah Maryam di SINI. WALLAHUA'LAM...

2 ulasan:

Kakzakie Purvit berkata...

Kurma jenis ini kalau berhenti solat di masjid Quba' memang banyak. Tetiba kakak terkenang masa berada di Quba' pulak. Betul mereka panggil ini rutob tapi kalau kurma matang mereka panggil tamar...

Apa pun makan kurma ketika berada di tanah suci tak sama nikmat makan di sini. Sana macam-macam jenis ada...

ANIM berkata...

thanks for the info..

p/s masa di madinah, saya tak jamah kurma segar yang crunchy tu sebab nak elak batuk. saya makan yang kering saja :-))