Sabtu, 19 Oktober 2013

Sambal rom


Pernah dengar tentang sambal rom? kali ni penulis nak share sedikit tentang sambal ni. Ia antara sambal yang menjadi favourite penulis. Sambal ini biasanya boleh dapat di Ulu Tembeling, Jerantut Pahang. Oleh kerana penulis berasal dari sana, jadi apa salahnya kita kongsikan tentang ni. Tempat lain mungkin ada kot...

Nak tahu apa bahan utama untuk buat sambal ni? Hehehe bahan utamanya ialah isi biji BUAH GETAH! Tak percaya?... Tapi itulah hakikatnya isi biji buah getah boleh dimakan. Tentang cara proses isi biji buah getah untuk dimakan ni penulis tak pasti bagaimana kerana tak dapat belajar dengan arwah ibu penulis, yang tahunya cuma makan sahaja.

Cara buat sambal ni senang sahaja, isi biji buah getah yang telah siap diproses dicampur dengan isi ikan bakar atau pun ikan bilis yang ditumbuk dengan sedikit cili untuk rasa pedas. Dah siap digaul, bolehlah dibakar atas tudung periuk yang leper atau pun dalam tempurung kelapa yang baru diparut. Penulis suka pedas, bila makan dengan nasi putih panas-panas baru terangkat! Boleh tambah banyak kali...

Penulis dah lama tak makan sambal ni, lama sangat. Namun akhirnya tercapai juga sebab adik penulis yang tinggal di Jerantut sudi bawakan baru-baru ini. Alhamdulillah... sedap betul! Nak tahu rasanya macam mana? Pernah makan tempe tak? Rasanya lebih kurang macam tula tapi lagi sedap sambal rom ni! Serius...!!

Boleh baca lagi di sini tentang Sambal Rom

6 ulasan:

ANIM berkata...

sekarang susah nak cari biji getah..
semua dah tukar jdi pokok sawit..
unik..kat johor, kata emak dulu depa buat tempe

Unknown berkata...

..xpnh mkn buah getah..dlu buah getah bt main congkak je :P

Unknown berkata...

1st time dengar :D

Kayu Manis berkata...

pernah tgok di mjalah tiga pasal sambal ni..uniknya..tak pernah buat dn rasa lagi..

maszull berkata...

assalamualaikum santri...mmg pernanh dengar tapi x pernah makan pun walaupun dulu kat kg banyak buah getah tu...:)

Salmi berkata...

Sambal dan gulai rong ni mmg sedap. Dah terkenal skrg ni.. sesiapa yg ke jerantut pasti mencari masakan ni selain sambal hitam