Jumaat, 27 Disember 2013

Panduan mudah sebelum membeli komputer


Kali ini penulis ingin berkongsi tip tentang panduan mudah sebelum membeli komputer ataupun laptop. Pertama sekali jangan terpedaya dengan kecantikan luaran laptop yang berkilat, licin, warna pink ataupun sebagainya kerana kita belum tahu dalamannya bagaimana.

Untuk mengetahui dalaman komputer yang baik, boleh gunakan tips yang penulis dapat dari kawan yang bekerja di kedai komputer. Jom baca :
  1. Lihat prosessor, kalau Intel Pentium itu yang ok. Terkini Pentium dah keluarkan i7 untuk prosessornya. Kalau AMD sesuai untuk komputer, bukannya laptop.
  2. Lihat RAM yang dipasang, kalau 2G DDR3 itu dah kira ok sebab sekarang banyak komputer dan laptop pakai Ram DDR3. Kalau Ram lebih dari 2G lagi bagus.
  3. Lihat kapasiti Harddisk kalau 500G keatas itu dah kira bagus sebab kapasiti harddisk sekarang dah sampai 1 Terabyte (1000G). Jenama harddisk biasanya WD dan Seagate.
  4. Bagi yang suka main game atau buat kerja grafik, pastikan laptop yang hendak dibeli ada Grafic Card. Contohnya laptop akan dilekatkan tanda Nvidia ataupun Radeon. Grafik yang digunakan bukan dari RAM komputer tetapi RAM grafik kad itu sendiri.
  5. Untuk memastikan komputer ataupun laptop yang dibeli mempunyai Window yang ASLI, boleh lihat dibawah laptop ada dilekatkan stiker Product Key seperti gambar di atas. Kalau tak ada, kemungkinan Window kita adalah pirate.
Kalau komputer ataupun laptop yang nak dibeli mempunyai ciri-ciri di atas, itu dikira bagus. Jenama tak penting kerana kualiti komputer sekarang kita tak tahu. Ada yang tahan bertahun-tahun dan ada yang pakai sebulan dah rosak. Biasanya kalau komputer yang tidak memenuhi ciri-ciri yang kita baca tadi, harganya lebih murah.

Komputer terkini menggunakan Window 8.1, penulis dah cuba guna window ni dan memang best sebab dia ringan dan laju. Cuma penggunaan window 8 ni lebih kepada touch screen seperti android tetapi itu tiada masalah kerana window 8 ni ada 2 dalam satu (Window 8 + Window 7). Terima kasih kerana sudi membaca...

1 ulasan:

Kancil 8349 berkata...

Selamat tahun baharu Santri...terima kasih dengan panduan