Sabtu, 15 Februari 2014

Mesin Basuh Samsung WA91U3 7kg


Kali ini penulis ingin berkongsi pengalaman tentang masin basuh Samsung jenis ini. Mesin basuh ni penulis dah pakai hampir 6 tahun. Mungkin dah tiba masanya ia rosak, jadi penulis cuba lihat-lihat apa kerosakannya. Dalam pemerhatian yang dilakukan, penulis dapati PC Boardnya rosak dan ada yang terbakar dan cair. Gambar seperti di bawah


Penulis dapatkan alat ganti mesin ini dengan harga RM 160 dan cuba memasangnya sendiri. Harapan semoga mesin ini pulih semula, namun setelah di ON kan butangnya ternyata tidak menjadi. PC Boardnya hidup tetapi motornya tidak berpusing. Hampa rasanya...

Akhirnya penulis serahkan pada yang pakar sahaja. Panggil pomen ke rumah dan tak sampai 15 minit, mesin basuh ini ok semula seperti biasa. Rupanya ada benda lain yang perlu ditukar selain PC Board. Nasihat pomen tersebut " Kalau mesin samsung ni, kalau dia rosak kena tukar 2 benda (PC Board dan Water Inlet). Kalau tak tukar dua-dua nanti tak jadi. Katanya ini adalah nasihat dari pomen Samsung sendiri. Gambar water inlet seperti di bawah


Oleh kerana penulis tak tukar dahulu water inlet ni, akhirnya pc board yang baru pun dah shock (rosak). Burn la RM 160....huhuhu rugi. Kos menukar untuk kedua barang ni termasuk upah RM 250. Kopak penulis bulan ni, dari 160 jadi 410. Nasihat penulis, kalau rosak nak senang cerita kita panggil je pomen datang rumah dan suruh dia baiki kerana mereka lebih pakar. Jimat masa dan fulus!

Jangan macam penulis ni seperti tikus membaiki labu... Terima kasih kerana sudi membaca.


10 ulasan:

Nor Azimah Ali berkata...

Lie memang suka buat camtu kan..

NA berkata...

Rajin yer baiki sendiri.
Takpelah lain kali boleh baiki sebab dah tahu apa masalah sebenar.

-wina1979-

myretina berkata...

dok cari masalah mesin basuh samsung... jumapa benda nie... rasanya kena cari pomen gak la

Unknown berkata...

ada no tel pakar tu saya dok area kl ... dan masaalah yg sama

Unknown berkata...

En. Zamri 019-953-9788

Fakhrurrazi berkata...

terima kasih tuan utk entri yang ini, mesin basuh saya baru rosak semalam, jenama model yang sama. atas nasihat tuan saya beli pcb board dan water inlet terus dari website adison.com.my. nak cuba pasang lepas balik kerja nanti

Unknown berkata...

Assalamualaikum. .sy punya mesin basuh sebijik mcm tuan...rosak pun sama..dah 7 tahun guna...maknanya kena tukar water inlet dahulu baru sambungkan board ye...baru leh jalan...

Unknown berkata...

saya pun cuba nak betulkan sendiri mesin basuh sendiri ari tu berjaya Pc board terbakar tukar bc board secondhand ok .. juga..tapi secondhand baru guna 3 bulan pc board nya berasap...cuma gi kedai tanya Pcboard baru...senang aje dia....ckp rm350 tu le

afw4430 berkata...

mana beli controller board tu

Unknown berkata...

boleh je cari dekat kedai repair mesin basuh atau contack je no ni 0139211713