Selasa, 21 April 2009

Nasyid Pilihan Minggu Ini

Lagu ini selalu dinyanyikan oleh Kumpulan Sufimurni ketika majlis-majlis rasmi di Nurul Iman seperti Sambutan Maulidurrasul, Hari Guru, Majlis Akhir Tahun dan sebagainya. Selamat mendengar !!!

Judul : Keluarga Bahagia
Album : Saujana
Munsyid : Saujana
http://liriknasyid.com

Sedamai taman firdausi
Limpahan kasih sayang sejati
Seharum semerbak kasturi
Mengharumi hidup insani

Indahnya damainya
Keluarga yang bahagia
Itulah idaman impian setiap insan
Yang dahagakan belaian
Serta kasih dan sayang

Ketika insan lain berbahagia
Bersama keluarga
Namun kita masih meniti
Titian rapuh perhubungan

Mengapa kita terpisah daripada rahmat-Nya
Mungkinkah kita seringkali melupakan-Nya
Ayuhlah bina semula
Keluarga diredhai Allah

Oh ayah oh ibu dengarlah rintihan
Dan luahan hatiku yang dahaga kasih
Jiwaku terasa terseksa ketandusan kasihmu
Marilah kita bina bersama-sama
Keluarga bahagia

Untuk muaturun, klik disini : Download

Ahad, 19 April 2009

Kisah Batu...


Pada zaman dahulu ada seorang raja yang pada suatu ketika meletakkan sebongkah batu besar di tengah-tangah sebatang jalan. Kemudian raja itu bersembunyi untuk melihat apakah ada orang yang mahu menggalihkan batu besar yang menghalang sebahagian jalan itu. Beberapa saudagar terkaya dan bangsawan kerajaan raja itu, ketika melalui jalan itu dan berhadapan dengan batu besar lantas membelokkan langkah, agar dapat melalui jalan itu. Ramai juga merungut dan dengan lantang mengecam raja kerana tidak prihatin dengan rakyat dengan memastikan jalan yg dilalui itu sempurna tanpa halangan sebegitu.

Tetapi tak seorangpun berbuat sesuatu untuk menyingkirkan atau mengalihkan batu besar itu. Kemudian kelihatan seorang petani, membawa sayur-sayuran dan buah-buahan. Ketika langkahnya terhambat sesampainya di perintang jalan itu, ia meletakkan bebanannya lalu berusaha menggolekkan batu besar itu ke tepi jalan. Dengan susah payah, ia akhirnya dapat mengalihkan batu itu.

Ketika petani itu hendak mengangkat semula sayur-sayuran dan buah-buahan bawaannya tadi, dilihatnya ada sebuah dompet terletak di bawah batu besar tadi berada. Dompet itu berisi wang emas yang banyak serta sepucuk surat dari raja yang menyatakan bahwa wang emas itu diperuntukkan bagi orang yang mengalihkan batu besar itu dari tengah jalan.

Pengajaran yang diperolehi:

Dengan kejadian itu si petani mengerti dan menerima suatu pengajaran yang takkan pernah difahami oleh ramai orang: "Setiap rintangan merupakan peluang untuk memperbaiki keadaan".Selain daripada itu kebanyakan orang suka komen sesuatu tanpa bertindak. Ramai orang juga sering memberi saranan dan cadangan. Cadnagn itu kadang-kadang amat bernas dan baik. Walaupun sebaik mana sesuatu cadangan, atau sehebat mana sesuatu komen. Apabila dia tidak betindak maka sebenarnya tidak ada apa-apa makna malah tidak menyelesaikan masalah itu. Orang sering mengatakan orang lain tidak betul tanpa apa-apa alternatif atau tindakan dari dirinya. . Usahanya yang kecil sebenarnya boleh mengubah keadaan dan selalunya akan memberikan keuntungan kepada dirinya sendiri.

Rabu, 8 April 2009

Terkenang Kisah Lama (samb. 3)

Oleh kerana kami pelajar-pelajar Nurul Iman kekurangan guru yang mengajar, setiap pelajar yang telah menghabiskan pengajian disini akan dipilih untuk menjadi tenaga pengajar (Tutor) bagi memenuhi keperluan pembelajaran dan pelajaran di Nurul Iman. Bagi yang terpilih akan diberikan matapelajaran yang akan diajar kepada adik-adik di Nurul Iman.

Pada waktu itu penulis diberikan tugas untuk mengajar matapelajaran matematik, sains, bahasa melayu dan subjek agama. Walaupun susah, namun penulis terima sebagai cabaran. Waktu pembelajaran di Nurul Iman ada 2 sesi, pagi dan petang. Pada sebelah pagi, penulis mengajar di sekolah menengah dan di sebelah petang sekolah rendah.

Memang banyak cabaran dan dugaan namun disebalik itulah banyak kenangan yang manis dan indah yang diperolehi penulis. Ada jgk yang nakal, suka wat bising dan main dlm kelas dan ada jgk yg baik dan skima. Setelah beberapa lama mengajar mereka,banyak yang penulis dapat pelajari tentang sikap dan perangai daripada mereka. Dalam hati penulis banyak berasa bersalah pada mereka kerana ketidaksabaran hati penulis.

Penulis amat berterima kasih pada mereka semua kerana banyak memberi pengalaman pada penulis. Paling terkesan ialah penulis dapat mempelajari bagaimana untuk 'tackel' hati budak2 yang nakal ni. Kalau pelajar yang skima ni senang sikit nk tangkap perhatian diaorg tp yg nakal2 ni susah sikit namun setelah beberapa lama akhirnya penulis memperolehi cara tersebut. Bagaimana untuk mengambil hati dan perhatian mereka supaya memberi perhatian penuh ketika belajar.

Kalau mengajar di sekolah rendah ni boleh la kita goreng2 sikit kalau ada soalan yang ditanya kita kurang memahaminya. Tapi di sekolah menengah ni lain sikit, kita kena betul2 mantap dan penuh ilmu dan pengetahuan di dada dan kepala. Kalau tak nanti kita pulak yang kena goreng... he3. Pernah satu ketika penulis tengah mengajar subjek maths, sekali ada yang tanya " macam mana nak buat yang ni ustaz?" hahaha penulis terkantoi sebab tak leh nk buat pada hal senang je cuma tak ingt formula. Nasib baiklah ada sorang pelajar yang tolong penulis waktu tu... ha3 terkena sungguh masa tu. Dia yg tolong selesaikan masalah maths tu. Alhamdulillah...

Setelah beberapa lama mengajar di kelas 1B, akhirnya penulis dapat menguasai dan mengawal mereka dengan baik. Sebenarnya mereka semua ni baik2 belaka cuma ada yang nakal tu kita kena pandai handle dan tackle mereka dengan bijak. Penulis pun dan sayang pada mereka semua kerana mereka baik sangat. Baik pelajar lelaki mahu pun perempuan. Waktu yang paling sedih ialah apabila penulis terpaksa meninggalkan mereka kerana ingin menyambung pelajaran, waktu tu penulis rasa sedih sangat2 sebab mereka semua dah baik dan sayang pada penulis. Bukan kelas 1B je, tapi kelas2 yang lain jugak 1A, 2A, 2B, 3A, 3B, Tingkt 4, 5 dan sekolah darjah.

Ada sikiiiit lagi, sambung lagi yer.

Khamis, 2 April 2009

Rahsia Orang Yang Lahir Bulan April


Sgt aktif dan dinamik. Cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal. Sgt menarik dan pandai manjakan diri. Punya daya mental yg sangat kuat. Suka diberi perhatian. Sgt diplomatik (pandai memujuk ), berkawan dan pandai menyelesaikan masalah org. Sgt berani dan tiada perasaan takut. Suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah. Emosi cepat terusik. Try control the emotion. Kecenderungan bersifat dendam. Agresif, kelam kabut utk membuat keputusan. Kuat daya ingatan. Gerak hati yg sangat kuat. Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain. Berpenyakit disekitar kepala dan dada. Sgt cemburu dan terlalu cemburu.


Hepi Besday To My Hero : Muhammad Al Fatih (29 April 2007)!