Selasa, 17 Februari 2009

Terkenang Kisah Lama...

Disini, penulis ingin berkongsi tentang pengalaman sewaktu berada di Nurul Iman. Kebiasaan setiap pelajar yang telah menamatkan pengajian di sini akan dilantik menjadi Guru Sandaran (Tutor) untuk mengajar pelajar-pelajar junior sama ada darjah atau menengah. Kami dilantik oleh Mudir Nurul Iman dan diberikan saguhati sebagai pendorong untuk mengajar pada setiap bulan.

Penulis sempat menjadi guru pada tahun 2000 - 2001 di sana, banyak cabaran yang dihadapi kerana kami kekurangan pengalaman namun demi untuk adik-adik kami, penulis tabahkan hati walaupun dalam hati ini takut2 ada yang kekurangan. Maklumla.. bidan terjun. (he3)

Banyak kenangan pahit dan manis penulis perolehi, lebih-lebih lagi pada anak-anak murid yang baik dengan penulis. Ada juga yang nakal, namun biasala budak-budak. Mungkin itu masa mereka untuk main, bergelak ketawa dan sebagainya. Dalam hati ini, tidak dapat melupakan anak-anak murid Kelas Tingkatan 1B yang merupakan kelas bawah jagaan penulis. Menjadi sebagai guru kelas, memang banyak cabarannya.

Pada masa mula2 penulis hendak menyesuaikan diri dengan mereka, ada berbagai ragam dan perangai yang dihadapi oleh penulis. Dalam hati ini selalu berdoa agar mereka dapat menerima penulis sebagai guru kelas mereka. Pelajar lelaki tidak banyak sangat memberi masalah, tetapi yang rumit pelajar putri. Mungkin pada mereka penulis ni ala... cikgu biasa2 jer. Yela baru lepasan SPM la katakan. Jadi mungkin mereka tak yakin kot...

Setiap kali mengajar mereka ada yang memberi kerjasama, tak kurang juga ada yang tidak memberikan perhatian, buat tak tahu jer seolah-olah penulis ni takder dekat depan. Dalam hati ni panas jugak... Yela orang mengajar dekat depan, dia buat hal dekat belakang. Tapi penulis sabarkan hati, demi masa depan mereka agar mendapat ilmu secukupnya walaupun ada yang tak serius.

Paling penulis tidak lupa sewaktu,

Bersambung...

Khamis, 12 Februari 2009

Nelayan Mukmin Dan Nelayan Kafir


Pada zaman dulu, ada dua orang nelayan, seorang mukmin dan seorang lagi kafir. Pada suatu hari kedua-duanya turun ke laut untuk menangkap ikan. Semasa menebar jala, nelayan kafir menyebut nama tuhan berhalanya. Hasil tangkapannya amat banyak. Berlainan pula dengan nelayan mukmin. Apabila menebar jalanya, si-mukmin itu menyebut nama Allah. Hasilnya tidak ada seekor pun ikan yang tersangkut pada jaringnya. Hingga ke lewat senja, nelayan mukmin tidak berjaya mendapat sebarang ikan manakala si-kafir itu kembali dengan membawa ikan yang sangat banyak.

Meskipun pulang dengan tangan kosong, namun nelayan mukmin itu tetap bersabar serta redha dengan apa yang Allah takdirkan. Si-kafir yang membawa berbakul-bakul ikan pulang dengan rasa bangga dan bongkak.

Malaikat yang melihat keadaan nelayan mukmin ini berasa simpati lalu mengadu kepada Allah. Allah memperlihatkan kepada malaikat tempat yang disediakan olehNya untuk nelayan mukmin itu; iaitu sebuah syurga. Berkata malaikat "Demi Allah, sesungguhnya tidak memberi erti apa-apa pun penderitaan di dunia ini jika dia mendapat tempat di syurga Allah."

Setelah itu Allah memperlihatkan tempat yang disediakan untuk nelayan kafir. Berkata malaikat "Alangkah malangnya nasib si-kafir. Sesungguhnya tidak berguna langsung apa yang dia dapat di dunia dulu sedangkan tempat kembalinya adalah neraka jahannam."


Moral & Iktibar


  • Kediaman mukmin adalah di syurga manakala kediaman kafir adalah di neraka.


  • Dunia adalah syurga orang kafir.


  • Kekayaan dan kemewahan di dunia tidak semestinya berkekalan di akhirat.


  • Kesusahan orang mukmin di dunia tidak seberapa jika dibandingkan dengan kenikmatan yang disediakan di syurga.


  • Kesenangan orang kafir di dunia tak berbaloi jika dibandingkan dengan azab seksa yang disediakan di neraka.


  • Kesenangan atau kesusahan seseorang bukan menjadi kayu ukur bagi keredhaan Allah yang menjadi penentu ialah keimanan terhadapNya.


  • Kesusahan di dunia bukan bermakna Allah tidak menyukai seseorang.


  • Begitu juga kemewahan yang Allah berikan kepada seseorng bukan bermakna Allah meredhainya.


  • Redha di atas takdir Ilahi adalah sifat mukmin sejati.


  • Jangan berputus asa, kecewa atau sedih apabila melihat orang kafir senang dan mewah dalam kehidupan di dunia


  • Keimanan seseorang adalah lebih mahal daripada dunia dan isinya.


  • Apalah maknanya kemewahan jika tidak mensyukuri dan beriman dengan Allah.

    • Rabu, 4 Februari 2009

      Senyuman...


      Senyuman ia percuma tapi amat berharga. Ia menjadikan penerimanya kaya tanpa menjadikan pemberinya miskn. Ringkasnya seperti kilat tetapi berlegar di ingatan sepanjang masa tidak ada siapa yang terlalu kaya hingga tidak memerlukannya. Dan tidak ada sesiapa yg terlalu miskin hingga tidak mampu memperolehinya. Ia menjadikan sesebuah rumah tangga bahagia, kebaikan dalam prniagaan dan kemesraan dalam persahabatan. Ia memberi kekuatan kepada yang keletihan, memulihkan semangat yang kecewa, menggembirakan yang dalam kesedihan dan ubat yang mujarab kepada kerungsingan, ia tidak boleh dibeli, dipinta, dipinjam atau dicuri kerana ianya berharga hanya bila diberi sebagai hadiah dan tidak ada sesiapa yang amat memerlukan lebih dari seseorang yg tidak lagi memilikinya untuk diberi kepada orang lain. Ia adalah sedekah yang paling mudah diberikan tanpa memerlukan sebarang modal.

      Ahad, 1 Februari 2009

      Rahsia Orang Yang Lahir Pada Bulan Februari


      Berfikiran abstrak. Sukakan benda yang reality dan abstrak. Inteligent, bijak dan genius. Berpersonaliti yang mudah berubah. Mudah menawan orang lain. Agak pendiam. Pemalu dan rendah diri. Jujur dan setia pada segalanya. Keras hati untuk mencapai matlamat. Tidak suka dikongkong, mudah memberontak apabila dikongkong. Suka kegiatan yang lasak. Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif. Mudah mempamirkan marahnya. Tidak suka benda yang remeh-temeh. Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya. Sangat berani dan suka memberontak. Bercita-cita tinggi dan suke berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya. Pemerhatian yang tajam. Suka hiburan dan sukan. Suka benda yg bersifat seni. Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran. Berkecenderungan pada benda yang tahyul. Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros. belajar untuk mempamirkan emosi.