Ahad, 22 Mei 2011

Dah lama pakai Hotlink...


Kali ni penulis nak berkongsi sikit tentang hotlink. Kalau tak silap penulis dh pakai nombor 017 ni dari tahun 2000. Masa tu nama dia time cell lagi, bila tahun 2004 kot Maxis ambil alih nombor 017 ni jadi Maxis. Masa tu nak beli sim kad ni mahal lagi, tu pun tengah promosi harganya RM 123.00, bukan macam sekarang RM8.80 dah dapat.

Yang jadi musykilnya tentang hotlink ni cuma promosi untuk pelanggan baru jer.. Yang dah lama pakai ni takder pon kelebihan. Kalau yang baru beli sim kad hotlink ni dapat sms percumala, kredit percumala, macam-macam lagi la kelebihan untuk diaorang yg baru ni.

Untuk orang lama... takder pun, jeles jer tengok yang baru pakai hotlink ni. Tapi akhirnya setelah beberapa lama pakai hotlink ni, barula dapat ganjarannya. Nak tau apa? hehehe... Penulis dapat 50 minit percuma untuk panggilan dan 100 sms percuma sebanyak 5 kali. Best kan? Kalau ikut kiraan hot tiket tu kira RM 8.00 la, kali dengan 5 kali maknanya RM 40.00 la. Wah... best3

Nak tau caranya? senang jer. Taip *100# dan tekan send. Lepas tu baca arahannya yang diberi dan tekan no. 8 pastu send. Baca lagi arahannya, tekan no. 2 dan send. Baca baik-baik arahan yang diberi, kalau tak silap dia cakap macam ni nak tukar pelan basic atau extra kepada pelan Hotlink. Tekan no. 1 untuk setuju dan send. Dah siap, senang kan? Nanti setiap 21 haribulan maxis akan top up 50 minit percuma dengan 100 sms percuma untuk kita sampaila 5 kali...

Penulis dah dapat kali yang kelima dah, lepas ni dh takder lagi. Kena top up sendiri... hu3. Ok itu jer yg penulis nk kongsikan dengan semua. Harap-harap Maxis tak marah dengan apa yang ditulis ni... Mintak ampun yer maxis...

2 ulasan:

Fad berkata...

ha3..lawk..

Bieby Tiera berkata...

Sy nk buat hotlink365 , tp dye ckp tk bole dgn pelan sy skrg ni . Dye suruh tukar ke hotlink extra/basic bru bole teruskan . Mungkin penulis tahu , bole share dgn sy :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...