Sedang kemas barang-barang lama, terjumpa pulak buku catatan lama sewaktu belajar dekat Nurul Iman dulu masa tahun 1995, macam-macam ada termasuklah time table ni... penulis sengaja nak berkongsi dengan semua.
5.00 pg : Bangun tidur, kemas tempat tidur, baca doa dan bersenam
5.15 pg: Ke bilik air, berhadas, gosok gigi, ambil air sembahyang
5.30 pg: Masuk surau, sembahyang tahajud, selawat
6.00 pg: Sembahyang subuh, baca surah Al-Balad 1 x
6.30 pg: Kuliah subuh, baca surah Kahfi
6.50 pg: Keluar surau, salin pakaian, mandi
7.15 pg: Memakai pakaian sekolah, bersiap-siap apa yang patut dan menghantar buku ke kelas
7.30 pg: Sarapan pagi
7.45 pg: Beratur
8.00 pg: Masuk kelas (dua masa)
10.00 pg: Rehat, solat dhuha, membeli sedikit makanan
10.45 pg: Masuk kelas semula
12.00 tgh: Balik ke bilik kerana kelas habis, menukar pakaian dan berehat
12.45 tgh: Berhadas dan ambil air sembahyang
1.00 tgh: Masuk surau, buat apa yang patut
1.30 tgh: Sembahyang zuhur
2.00 ptg: Bersalaman dan keluar surau
2.05 ptg: Salin pakaian, berehat dan makan tengahari
2.20 ptg: Habis makan, rehat sekejap
2.30 ptg: Mandi, berhadas dan ambil air sembahyang
2.45 ptg: Memakai pakaian sekolah dan buat apa yang patut
3.00 ptg: Masuk kelas (kalau puasa masuk pukul 4.00)
4.30 ptg: Kelas habis (kalau puasa habis pukul 5.00)
4.35 ptg: Ambil air sembahyang, masuk surau
4.4o ptg: Sembahyang asar
5.00 ptg: Bersalaman, keluar surau dan ambil buku dekat kelas
5.05 ptg: Salin pakaian, kerja sikit dan bermain
6.30 ptg: Mandi, basuh baju, angkat baju yang kering
6.50 ptg: Bersiap-siap apa yang patut dan msuk surau
7.00 mlm: Duduk di surau dan buat apa yang patut
7.30 mlm: Sembahyang magrib, baca quran (kalau puasa berbuka)
8.30 mlm: Sembahyang isyak, pengumuman dari Biro Pendidikan
8.50 mlm: Bersalaman dan keluar surau
9.00 mlm: Rehat, salin pakaian, makan malam
10.00 mlm: Masuk kelas, belajar malam
10.45 mlm: Keluar kelas, masuk bilik, bersiap-siap untuk tidur, berhadas, cek pelajaran apa yang akan dipelajari esok
11.00 mlm: Baca doa, tidur...
1 ulasan:
hehehe....
Catat Ulasan