Khamis, 21 Julai 2011

Menghitung hari..

http://admin.xenosystm.com/2007/09/16/selamat-menyambut-bulan-ramadhan/
Bila dikira-kira dan dihitung-hitung, ada lagi 10 hari untuk menyambut yang penuh berkat ni. Adakah kita sudah bersedia? Paling takut adalah syaitan-syaitan kerana mereka semua akan dirantai sepanjang bulan ramadhan. Tak dapatla nak menggoda kita untuk melakukan kejahatan.

Yang musykil, walaupun syaitan telah dirantai, masih lagi ada yang melakukan perkara yang dilarang di dalam bulan yang mulia ini. Masih lagi melakukan perkara yang mencemari kesucian bulan ramadhan. Kenapa yer? Janganlah kita lupa dalam diri kita masih ada lagi musuh yang jahat iaitu NAFSU !!!

Cerita tentang nafsu ni ada satu riwayat menceritakan ketika nafsu hendak dimasukkan ke dalam tubuh Nabi Adam a.s, dia menolak. Ish...busuklah tanah ni, buat apa aku nak masuk dalam tu. Lalu Allah s.w.t menghukumnya dengan diletakkan di dalam api neraka yang paling panas sekali selama beberapa tahun. Setelah itu, dia dikeluarkan kembali dan ditanya oleh ALLAH, "Siapa Aku dan siapa engkau?". Nafsu menjawab, "Engkau adalah Engkau dan aku adalah aku". Ketika hendak dimasukkan lagi kedalam badan Nabi Adam, dia tetap berdegil dan menolak.

Lalu dia dihukum sekali lagi kerana kedegilannya dan dimasukkan kedalam lautan yang paling sejuk sekali airnya. Setelah beberapa tahun dia dikeluarkan kembali dan ditanya lagi, "Siapa Aku dan siapa engkau?". Nafsu menjawab, "Engkau adalah Engkau dan aku adalah aku". Ketika hendak dimasukkan lagi ke dalam badan Nabi Adam dia tetap menolaknya dengan sombong.

Akhirnya dia dihukum lagi dan diletakkan di tengah padang pasir yang panas dan tidak diberi makanan. Setelah dibiarkan di sana beberapa lama, akhirnya dia ditanya lagi soalan yang sama, "Siapa Aku dan siapa engkau?". Nafsu menjawab, "Engkau adalah Tuhanku dan aku adalah hambamu". Akhirnya nafsu akur dengan perintah Allah dan masukklah dia ke dalam badan Nabi Adam a.s.

p/s:

Peringatan buat kita semua dan penulis, hati-hatilah dengan musuh yang ada di dalam badan kita sendiri. Kalau syaitan di bulan Ramadhan kena rantai tetapi nafsu kita tidak, sama-samalah kita berjuang !! Dia tidak pernah tidur dan sentiasa bersama kita sampai bila-bila.

2 ulasan:

maszull berkata...

Selamat menyambut bulan Ramadhan buat penulis blog ini...

sama2lah kita berdoa n berbuat kebajikan semoga pahala dibulan ramadhan ini akan berlipat kali ganda dan lebih diberkati oleh Allah...:)

nur berkata...

Marilah sama mengharapkan ramadhan kali ini dapat kita nikmati tanpa pembaziran..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...