Isnin, 15 Ogos 2011

Peristiwa semasa Kerja Kursus Geografi

Gambar Pinjam Google

Tengok jalan ni, teringat pula masa sekolah di Nurul Iman. Masa tu kami dalam tingkatan 3 dan kena buat satu kertas kerja untuk matapelajaran Geografi. Nak tau apa yang kami kena buat? Hehehe cikgu suruh kira berapa buah kenderaan yang lalu pada setiap hari dari pagi sampailah ke malam. Tak kiralah lori ke, bas ke, motor ke yang penting namanya kenderaan.

Lokasinya adalah di Felda Bukit Cherakah. Masa tu bandar Puncak Alam belum ada lagi dan orang Felda Bukit Cherakah belum juga jadi OKB (Orang Kaya Baru). Alhamdulillah salah seorang daripada kumpulan kami anak orang Felda Bukit Cherakah. Jadi selama kami di sana, dapatlah berteduh di rumahnya. Namanya Haswad Abd Halim, ayah dan maknya baik...macam ayam daging kami dijaga.

Satu peristiwa yang tak dapat dilupakan adalah semasa kami menjalankan aktiviti kerja kursus geografi tu. Kami telah sepakat untuk mengira berapa kenderaan yang lalu sepanjang jalan dari Klang ke Sungai Buloh waktu pagi satu jam, tengahari satu jam, petang satu jam dan malam satu jam. Maing-masing dibahagikan mengikut kenderaan untuk dicatit.

Waktu pagi beres, tengahari beres, petang pun beres. Masuk waktu malam satu perkara terjadi. Oleh kerana tempatnya gelap disebabkan takde lampu jalan masa tu, kami sepakat buat unggun api. Terangla sikit... tiba-tiba kami dijerkah... "HOI !!!" (Amboi sedapnya bahasa). "Korang nak bakar tempat ni ke haa?" Datang dua tiga empat orang kampung dekat situ memarahi kami sebab buat unggun api. Mungkin diaorang ingat kami ni penyangak agaknya sebab duduk dekat tempat tersorok pastu main api pulak.

Akhirnya setelah diterangkan oleh sahabat kami anak orang Felda tu, mereka semua faham. Buat kerja sekolah rupanya namun kerja mengira untuk malam tak dapat diteruskan sebab mereka tak bagi. Suruh balik rumah dan jangan main bakar-bakar. Akhirnya akur dengan cakap orang tua, kami pun balik dan tak dapat siapkan tugasan, Terpaksala kami menipu kira... hahaha sebab dapat duduk dekat sana satu hari je, esok dah kena balik sekolah.

Begitulah ceritanya... salah kami jugak sebab main api dekat kampung orang. Malam-malam pulak tu ! Mana tak kena marah.

5 ulasan:

Kakzakie Purvit berkata...

Mesti org kg ingat budak nakal. Cuba pakai baju melayu dan bersongkok taklah nampak macam budak nakal kan...

p/s: segmen kakak belum lihat lagi. Kakak rasa agak terhad kejar masa belum khatam lagi nie... masa kerja pun kalau ada masa kakak lebih ke arah itu sebelum Allah bagi cuti...

Niena Muhammad berkata...

hehehe... mgkin dia igt penjenayah kot la kan.. :)

maszull berkata...

salam santri....wah best dpt dok kampung....

yg pi wat unggun tu nape kan dah kena marah x pasal2....

terpaksalah menipu yer sbb mlm dah kena halau balik...hehehe

Iwan Kuun berkata...

laen kali, ape kate acik cube pakai serba putih lak.. Insyaallah orang kampung tak tegur kalaw nampak kat tepi jalan.. ;D

cikgu berkata...

hahaha..ingat2...dilla wat kat bandar klang rasanya..hmm.pastu ingat x masa wat KH?tanam pokok rasanya..huhu..