Sabtu, 27 Ogos 2011

Solat tarawih sebelum cuti


Hari-hari terakhir ketika penulis masih belajar di Nurul Iman. Lagi seminggu nak cuti kami dah tak sabar-sabar untuk pulang beraya di rumah. Masing-masing dah packing baju siap-siap supaya tidak kalut nanti. Kisah ni berlaku waktu macam ni lah.

Waktu solat tarawih minggu-minggu akhir ni, adalah yang buat macam ni. Bila selesai setiap dua rakaat solat tarawih, mesti bilal berkata, "Fadlam minallahi wa nikmah..." sampai lah seterusnya.  Jadi makmun akan menjawab, "Sallallah wa sallim alaiih...". Kebiasaannya macam tu, mana-mana tempat pun sama.

Dalam ramai-ramai menjawab ucapan tu, terdengar di celahan suara yang ramai tu macam ni, "Ya Allah...esok baliik...". Masing-masing tercari-cari milik siapaka suara itu termasuk penulis. Ustaz yang menjadi imam juga berpaling ke belakang, mungkin juga perasan seperti kami dan tersenyum...

Ada yang ketawa sebab dengar suara macam tu, bagai dah tak sabar-sabar nak balik rumah agaknya. Sampai menunjukkan perasan di dalam solat tarawih, nasib baik sunat je menjawabnya. Hehehe... nak ketawa juga bila ingat balik peristiwa ni. "Ya Allah... esok baliik...". Jangan ada yang tiru yer...

===================================

Follower terbaru penulis :
  1. Ummi
  2. Zaidatulazni

11 ulasan:

nur berkata...

haha.. lawak pulak.. mmg excited sgt tu.. termimpi2 lak ye dia sampai lam terawih..

ct kektus berkata...

haha. semangat nak balik lah tu. ;)

tia @ Ini Kisah Tia berkata...

dah eksaited sangat nak balik kot :)

Unknown berkata...

..bdk tu mst saje2 nk main2..hehe..tp mmg lawak..

p/s:sy xpndai nk b tutorial..tp blh try yg ni..

http://www.spiceupyourblog.com/2010/03/reply-button-option-blogger-comments.html

Alif Haris berkata...

hhehe .. excited sgt tu nk balik :)

saya cello191 berkata...

malunya..=.="

tak sabar benor nk balik tu..

Unknown berkata...

sedih nk meninggal ramadhan

MgtBobber berkata...

Selamat Hari Lebaran.. Kalau ada salah dan silap harap dimaafkan..

Ezad Skytech berkata...

tu da terlampau excited nak balik tu..heee~

ILA HonEyBuNNy berkata...

hehe....mood raya sungguh tu...ngeh3..

selamat hari raya maaf zahir dan batin...;)

Pengobatan Asam Urat berkata...

sukses selalu yah ngeblognya