Khamis, 15 September 2011

16 September Hari Malaysia...



Esok adalah hari kelahiran Malaysia. Daripada nama Malaya kepada Malaysia gabungan dari Malaya dan Asia penulis rasakan, jadilah MALAYSIA. Kalau ada yang salah tolong beritahu yer. Gabungan dari Tanah Melayu dengan Sabah Sarawak.

Menurut cerita dari orang tua-tua dulu, Sabah dan Sarawak diberi pilihan untuk bergabung dengan negara mana masa tu. Pemimpin dan orang Sabah Sarawak memilih Malaya termasuklah Singapura. Ada yang tidak bersetuju terutama Negara Indonesia sebab Kalimantan masih dalam negaranya. Pada masa itulah terjadinya perang Konfrontasi antara Malaysia dan Indonesia.

Ramai tentera mereka yang gugur semasa perang ini, namun setelah berunding secara damai akhirnya persetujuan dapat dicapai. Hubungan antara kedua negara ini tetap rukun dan damai sehinggalah sekarang walaupun ada sesetengah perkara yang berlaku contohnya waktu peristiwa Ganyang Malaysia... Namun dengan kebijksanaan kedua pemimpin negara, perkara ini dapat diatasi.

Alhamdulillah, negara kita terus aman dan makmur sehingga sekarang. Janganlah kita lupa untuk berdoa semoga keamanan ini terus dapat dikecapi sampai ke anak cucu kita. Kita semua adalah serumpun walaupun berlainan bahasa namun tetap dalam Asia. Kalau perkataan Bapak dalam Indonesia bermakna tuan dan dalam bahasa Malaysia bermakna ayah.

Salam Kemerdekaan Ke-54 !!! Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !

16 ulasan:

Kancil 8349 berkata...

info sejarah yang menarik...suka sangat...

yang masuk dalam gabungan Malaysia ialah Tanah Malaya, Singapura, Brunei, Sabah dan Sarawak...

tujuan penubuhan Malaysia disebabkan ketidakseimbangan kaum bumiputera dengan kaum bukan bumiputera. 60% adalah kaum bukan bumiputera dan 40% adalah kaum bumiputera. Dengan kemasukan Sabah dan Sarawak maka kedudukan kamu seimbang...

ArulchelseA berkata...

selamt hari malaysia..

Kancil 8349 berkata...

jika kamu nak buat segmen...Kancil ingin menjadi orang terawal menyokong kamu...

DoodleLicious berkata...

selamat menyambut hari malaysia..

ziraziz berkata...

selamat hari malaysia...semoga negaraku tercinta aman selamanya.. :)

H.J berkata...

salam kemerdekaan ye..ehehe

Run Away berkata...

selamat hari merdeka.../salam kenal..;d

Ini Kisah Tia berkata...

sebab tu ramai kata orang Sabah cakap hampir sama macam indonesia .. haha . padahal tak .

saya cello191 berkata...

selamat hari malaysia...^^

esok cuti..yeah..

aimie amalina berkata...

=]
semoga kita terus hidup dalam kedamaian Malaysia yg semakin tipis senipis bwg ni kannn
huuuu
salam 1 malaysia =]

maszull berkata...

salam santri...selamat hari Malaysia n selamat hari kemerdekaan...:)

maszull berkata...

salam santri...selamat hari Malaysia n selamat hari kemerdekaan...:)

Ninie berkata...

Thanks..info yg berguna. Doodle Santri dah siap, wat kejap td..hoho. Kalo x comel jgn marah ek...

http://thebeautyofsplendid.blogspot.com/2011/09/more-cartoons-with-balloons-boy.html

C` Ayob-Ilmu Asas Hidup berkata...

waaa merianya hari meredeka kan.....bestnya!!!!....ada siapa2 nak buat open House?? lapor lah....

upsss tiba-tiba commnet ini, lupa nak kenalkan diri.....salam kenalan dari cayob!...c`ayob follow sini :)

Alang-alang saya datang ini, Kalau sudi kunjung2 sya di blog yang tak seberapa ini.........tak follow pun tak ape...janji awk datang, Inys Allah.

http://cayob.blogspot.com/

Alya Esprézzo™ berkata...

haii haii..halo haloo, hee awk tersenarai di bloglist saya! :)

iMBobo berkata...

good info! selamat hari Malaysia! :)