Sabtu, 10 September 2011

20 perkara JANGAN di Aidil Fitri

  1. Sembahyang sunat raya sahaja sedang solat fardhu tak pernah terasa nak buat. Rugilah kita hanya sembahyang setahun sekali kerana di sisi Allah ianya tiada erti sunat bila perkara wajib diketepi.
  2. Berbuat dosa, pergi ke masjid dengan kasut lain balik dengan kasut orang lain. Kalau tak sengaja tu lainlah cerita. Jangan  lupa doa orang yang terinaya sangat makbul.
  3. Meratap di kubur. Sepatutnya ambillah iktibar dari kematian waktu menziarahi kubur selepas solat raya. Hadiahkan bacaan Al-Fatihah atau Yassin kerana berakhirnya Ramadhan bererti bermula semula seksaan kubur buat mereka yang bersalah pada Tuhan.
  4. Bersalaman dengan yang bukan muhram waktu berziarah. Menyebarkan salam itu dikira ibadah tapi jika cuba nak ambil kesempatan insya-Allah akan bawa pada di akhirat kelak.
  5. Minta ampun dengan ibu bapa atau suami pada hari raya sahaja. Habis raya kita selamba buat salah terhadap mereka sedangkan raya tahun depan belum tentu umur panjang.
Bersambung... (Sumber : Majalah OK! 1996)

8 ulasan:

Kakzakie Purvit berkata...

Paling susah buat kakak bila bersalam. Sebab itulah kalau boleh bagi kita wanita bertudung labuh atau baju lengah panjangkan sikit, so masa salam (ada yg masih tak tahu hukum - alasannya saudara) lapik dgn kain tudung atau lengan baju yg di panjangkan menutup tangan. Itu cara kakaklah kalau nak ikut...

maszull berkata...

salam santri...alhamdullilah syukur nikmat yg diberikan semoga panjang umur kita akan berjumpa lagi di tahun hadapan...Amin...:)

maszull berkata...

salam santri...alhamdullilah atas segala nikmat yg diberikan dan semoga dipanjangkn umur kita akan bertemu lagi di tahun hadapan ...Amin..:)

Unknown berkata...

btul tu kak zakie saya setuju dengan cara tersbut, agar silaturrahim tetap terjaga dan tak ada yg kecik hati.

amin mama... semoga Allah panjangkn umur kita lg semoga dpt bertemu ramadhan thn hdpn...

Rean berkata...

pergi masjid pakai selipar jepun, balik pakai kasut bata hehe..

Hafizin Jamil berkata...

ramai je orang yang p meratap kat kubur

Alif Haris berkata...

terima kasih mengingati sesama kita :)

nurshaf berkata...

hurm, betul..

tabiat org melayu, p kubur pagi raya (bukan tak boleh) , tapi lebih baik kalau pergi ke kubuh waktu dalam ramadhan.....