Isnin, 19 September 2011

Nabi Muhammad s.a.w dimaqamkan di Madinah


Ketika Dajjal datang membawa fitnah untuk menyesatkan umat manusia, dua tempat yang dia tidak dapat masuki iaitu Makkah dan Madinah. Sebab tu kedua tempat ini dinamakan tanah haram dan orang bukan Islam tidak dapat masuk kedua tempat ini. Kalau dapat masuk pun cuma sekejap sahaja, haram kepada orang yang bukan Islam.

Nabi dimaqamkan di Madinah dan dilahirkan di Makkah. Orang Makkah berbangga kerana adanya Kaabah dan tempat tumpuannya manusia ketika menunaikan haji, manakala orang Madinah berbangga kerana maqam nabi berada di sana. Ada kisah tentang orang madinah bersedih kerana di Makkah adanya Kaabah dan menjadi tumpuan manusia. Di Madinah tiada kelebihan seperti itu.

Maka diberitahu kepada orang Madinah tersebut, janganlah bersedih. Bukankah Islam berkembang dari Madinah? Dan bukankah maqam Nabi Muhammad s.a.w juga berada di Madinah? Jadi kedua tempat ini juga memiliki kelebihan masing-masing. Sebab itulah nabi dimaqamkan di Madinah.

Kedua tempat ini juga adalah tempat yang tidak dapat dimasuki oleh Dajjal dan pengikutnya ketika datang membawa fitnah untuk menyesatkan manusia selama 40 hari. Semoga kita terselamat dari fitnah dajjal yang menyesatkan kita menjadi kafir. Nauzubillah...

9 ulasan:

Anisa Anuar berkata...

nice entry...memberi pengajaran kepada semua..terima kasih..

nurshaf berkata...

itu la pasai, harap2 kita tak terpedaya dengan dajal2 tu nanti,,

huh, mcm mana lah agaknye rupe zaman tu

cikgu berkata...

Rindu dengan baginda....bila dapat bertemu?

maszull berkata...

salam santri...gud info yg diberikn...sentiasalah meningatiNYA..:)

Kakzakie Purvit berkata...

Kalau ke Majidinabawi mesti kita dapat ke Raudhah dan disebelah situlah Rasulullah dimakamkan. Sayu hati bila tiba di sini pasti airmata luruh....

Unknown berkata...

salam..santri...
suka baca info2 kat cni...teruskan ye...

Unknown berkata...

lepas ni boleh buat soalan trivia, kenapa Nabi Muhammad di maqamkan di madinah?

Syazwan Che Deraman berkata...

kenapa sekejap je?.

ooo..tak tahu plak orang madinah tak puas hati sebelum ni sebab kaabah ada kat mekah.

thanks for this info dan peringatan.

NA berkata...

Fitnah dajjal memang dasyat.

-wina1979-