Ahad, 9 Oktober 2011

Kelebihan Lelaki...

Pinjam dari rancangan Imam Muda
Allah Maha Bijaksana menjadikan makhluk berpasang-pasang; lelaki dan wanita, bumi dan langit, siang dan malam, syaitan dan malaikat, gunung dan lembah, matahari dan bulan, begitulah seterusnya.Banyak hikmah dalam kejadian alam yang perlu direnung dan dijadikan bukti keagungan Allah.

Satu contoh dalam kejadian manusia, Allah jadikan wanita bersifat lembut dengan nisbah 9 nafsu dan 1 akal, manakala lelaki 9 akal dan 1 nafsu. Atas kelebihan akal inilah, Allah menjadikan kaum lelaki penjaga bagi kaum wanita. Begitu juga dalam apa jua masalah, Allah menyamakan 2 wanita dengan 1 lelaki, contohnya dalam pembahagian harta pusaka mengikut faraid.

Walaupun akalnya 1, namun wanita ada sifat malu. Kerana ada malulah, wanita dipandang mulia. Kalaulah wanita tiada malu, habislah dunia ini. Begitu juga lelaki, meskipun kurang malu namun mereka mempunyai akal yang dapat memikirkan kesan dan sebab-akibat sesuatu perkara. Kalaulah lelaki tiada akal, dunia akan jadi kucar-kacir.

Begitulah kebijaksanaan Allah untuk menjaga keharmonian alam. Namun apa dah jadi pada masa ini. Wanita sudah tidak ada perasaan malu lagi, bebas bergaul tanpa batas, bebas keluar hingga larut malam. Manakala lelaki pula sudah tidak menggunakan akal lagi malah merosakkannya pula. Fikirkanlah kesan buruk yang akan menimpa masyarakat jika fitrah kejadian ini sudah diabaikan.

Wanita yang sepatutnya malu dah tiada malu lagi, lelaki yang sepatutnya berakal dah hilangkan akal mereka. Perempuan dengan gejala dedah, lelaki dengan gejala dadah. Kata orang tua-tua - pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara namun kini sudah hampir roboh dan hancur...

Sumber : Dakwah dan Kisah Tauladan

6 ulasan:

Nasz berkata...

betul tu. skrg ni wanita pun dah hilang rasa malunya, lelaki pun dah tak digunakan akalnya.

MOHD NASER.com

aamalinaazman berkata...

huuuu
sebb tu wanita dan lelaki sling melengkapi
tapi selalu disalah ertikan =(

Ce'gu JAERA berkata...

saya bersyukur menjadi seorang lelaki yang memimpin..

Arpiiz berkata...

ya, saya adalah lelaki yang baik..hehe

NA berkata...

Macam meja dan kerusi. Berbeza fungsi tetapi melengkapi keperluan.

-wina1979-

Unknown berkata...

jangan jadi golongan yang tak bersyukur jadi lelaki hmm