Jumaat, 21 Oktober 2011

Tazkirah Jumaat : Kelebihan berpuasa di Bulan Zulhijjah

Pinjam dari : http://islamiyya.xtgem.com/tanda/pic10/pic10.htm

Bukan bulan Ramadhan sahaja ada ganjaran bila kita berpuasa, tetapi bulan Zulhijjah juga ada kelebihannya. Cuma pada bulan ini kita dianjurkan berpuasa sunat dari 1 Zulhijjah sehinggan 9 Zulhijjah sahaja. Cuma sembilan hari sahaja kita berpuasa jika mampu. Jom kita tengok apa rahsia ganjaran puasanya :
  1. Diampunkan dosanya seperti Nabi Adam a.s
  2. Seperti beribadah setahun
  3. Dikabulkan doanya
  4. Menghilangkan kefakiran dan sifat hipokrit (munafik)
  5. Terlepas dari siksa kubur
  6. Allah memandangnya dengan pandangan kasih sayang
  7. Ditutup untuknya 30 pintu kesusahan dan dibuka 30 pintu kesenangan
  8. Hari ke-8 hanya Allah yang tahu berapa ganjarannya
  9. Diampunkan dosanya yang telah dilalui setahun dulu dan setahun yang akan datang.
Menarikkan...? Jom sama-sama kita cuba berpuasa nanti. Tak rugi pun, puasakan sihat...

Sumber : Semasa penulis belajar di Nurul Iman dari kitab hasil tulisan Imam Abu Laith As-Samarkhandi.

7 ulasan:

Syafiq Ahadin berkata...

nice sharing! :D

aamalinaazman berkata...

alhamdulillah
baru jugak tahu nii
macehh taw!=]

Kayu Manis berkata...

Alhamdulillah,sering juga berpuasa isnin khamis,puasa masa anak2 nak dkt exam..n ajak anak puasa sama..

Kayu Manis berkata...

mak mertua selalu ingatkan utk berpuasa 1 zullhijjah/9 zulhijjah

Kazman / Sue berkata...

Ya Allah... besarnya ganjaran.... begitulah kita semua di tuntut untuk beramal dan seterusnya hanya keredhaan Allah jualah tempat kita berserah....

Eera Shera berkata...

santri di tag di sini,

http://eerashera.blogspot.com/2011/10/25-things-random-giveaway-by.html

ayanuts berkata...

info yg berguna..lps baca br tau