Sabtu, 26 Mei 2012

Ilmu Faraid (7)

2 Orang Pewaris Yang Mendapat Bahagian 1/4 :
  1. Suami si mati.
  2. Seorang isteri atau lebih dari itu.

Catatan :
  1. Suami mendapat bahagian 1/4 syaratnya apabila si mati mempunyai anak atau furu' waris.
  2. Seorang isteri atau lebih dari itu mendapat bahagian 1/4 syaratnya apabila si mati tidak mempunyai anak atau furu' waris. 

bersambung...

Isnin, 21 Mei 2012

Doa Nabi Ibrahim a.s



Doa yang dibaca oleh Nabi Ibrahim untuk anak dan keluarganya. Sumber di SINI...

Jumaat, 18 Mei 2012

Ilmu Faraid (6)

1.1) Pewaris yang mendapat bahagian ½ adalah 5 orang iaitu :

1) Suami si mati
2) Seorang anak perempuan
3) Seorang cucu perempuan daripada anak lelaki
4) Seorang saudara perempuan kandung
5) Seorang saudara perempuan sebapa


Catatan :

1) Suami berhak mendapat bahagian ½ syaratnya apabila si mati tidak mempunyai anak atau furu’ waris dengannya.

2) Seorang anak perempuan si mati berhak mendapat bahagian ½ syaratnya apabila si mati tidak mempunyai anak lelaki.

3) Seorang cucu perempuan daripada anak lelaki berhak mendapat bahagian ½ syaratnya apabila si mati tidak mempunyai anak lelaki dan perempuan dan juga cucu lelaki daripada anak lelaki.

4) Seorang saudara perempuan kandung berhak mendapat bahagian ½ syaratnya apabila si mati tidak mempunyai bapa, saudara lelaki kandung, datuk, anak lelaki, cucu lelaki daripada anak lelaki, anak perempuan dan cucu perempuan daripada anak lelaki.

5) Seorang saudara perempuan sebapa berhak mendapat bahagian ½ syaratnya apabila si mati tidak mempunyai bapa, saudara lelaki kandung, datuk, anak lelaki, cucu lelaki daripada anak lelaki, anak perempuan, cucu perempuan daripada anak lelaki dan saudara lelaki sebapa.



bersambung...

Khamis, 17 Mei 2012

Jom layan lagu Sabah...



Bila dengar lagu ni, teringat pula pada Cikgu Kancil 8349... Selamat Hari Guru buat Kancil !

Selasa, 15 Mei 2012

Ilmu Faraid (5)

Kaedah pembahagian harta pusaka (Fardhu)

Kaedah-kaedah yang digunakan di dalam ilmu faraid dalam pembahagian harta pusaka mengikut apa yang telah ditetapkan oleh syara’ berdasarkan ayat di dalam Al-Quran dan cara pembahagiannya adalah seperti berikut :

1) Nisfu (½) satu perdua
2) Rubu’ (¼) satu perempat
3) Thumun (⅛) satu perlapan
4) Thulus (1/3) satu pertiga
5) Sudus (1/6) satu perenam
6) Thulusani (2/3) dua pertiga

bersambung...

Jom tolong komen blog ni


Ini adalah follower penulis yang terbaru dan empunya blog ni banyak minta tunjuk ajar dengan penulis. Sebenarnya penulis bukanlah pandai sangat dalam dunia blog ni, tapi ada yang minta tolong jadi kita ajarlah mana yang kita tahu.

Penulis ingin meminta bantuan anda semua, rakan blogger untuk memberikan komen seikhlasnya dan pendapat tentang blognya. Mana yang kurang dan mana yang perlu diperbaiki. Minta tolong semua ye! Terima kasih di atas pertolongannya...

Boleh klik pada headernya... tolong menolong amalan mulia.

Isnin, 14 Mei 2012

Ilmu Faraid (4)

Pewaris Harta Pusaka Bagi Pihak Perempuan

Orang yang berhak menerima harta pusaka bagi pihak perempuan mempunyai 10 orang pewaris mengikut tertib dan susunan masing-masing. Mereka ialah :

1) Anak perempuan
2) Cucu perempuan daripada anak lelaki
3) Ibu
4) Nenek sebelah ibu
5) Nenek sebelah bapa
6) Saudara perempuan kandung ( adik beradik seibu sebapa )
7) Saudara perempuan sebapa ( adik beradik lain ibu )
8) Saudara perempuan seibu ( adik beradik lain bapa )
9) Isteri
10) Puan yang memerdekakan hamba sahayanya


bersambung...

Sabtu, 12 Mei 2012

Pemberian Terakhir...


Pemberian terakhir arwah ibu untuk penulis, rempah untuk goreng ayam dan ikan buatan sendiri. Arwah macam tahu je dia nak pergi, jadi dia buat banyak untuk kami semua. Penulis rasa sayang sangat nak habiskan dan terpaksa menggunakannya sedikit-sedikit sahaja. Takut kerana nanti bila dah habis, takkan dapat makan lagi bekas air tangan ibu...

Rindu sangat pada arwah ibu walaupun sudah 4 bulan meninggalkan kami... Al-Fatihah buat ibuku Hajah Zubaidah bt Haji Muda, dalam kenangan 15 Disember 1941 - 29 Disember 2011...

Selamat Hari Ibu...


Al-Fatihah buat arwah ibuku... Hajah Zubaidah bt Haji Muda, dalam kenangan 15 Disember 1941 - 29 Disember 2011...

Jumaat, 11 Mei 2012

Terima Kasih Guru...

Ilmu Faraid (3)

Pewaris Harta Pusaka Bagi Pihak Lelaki

Orang yang berhak menerima harta pusaka bagi pihak lelaki mempunyai 15 orang pewaris mengikut tertib dan susunan masing-masing. Mereka ialah :

1) Anak lelaki
2) Cucu lelaki daripada anak lelaki
3) Bapa
4) Datuk sebelah bapa
5) Saudara lelaki kandung ( adik beradik seibu sebapa )
6) Saudara lelaki sebapa ( adik beradik lain ibu )
7) Saudara lelaki seibu ( adik beradik lain bapa )
8) Anak lelaki saudara kandung
9) Anak lelaki saudara sebapa
10) Bapa saudara kandung
11) Bapa saudara sebapa
12) Anak lelaki bapa saudara kandung
13) Anak lelaki bapa saudara sebapa
14) Suami
15) Tuan yang memerdekakan hamba sahayanya


bersambung...

Ilmu Faraid (2)

Faktor-faktor Penerimaan Harta Pusaka

Para ulamak bersepakat bahawa ada 3 faktor yang menyebabkan penerimaan harta pusaka. Faktor-faktor tersebut adalah :

1) Mempunyai hubungan kekeluargaan, persaudaraan dan kerabat.
2) Pernikahan dan hubungan suami isteri.
3) Memerdekakan hamba sahaya.


Sebab-sebab Penghalang Penerimaan Harta Pusaka

Perkara yang menyebabkan terhalangnya pewaris daripada menerima harta pusaka mempunyai 3 sebab iaitu :

1) Jika pewaris tidak beragama Islam
2) Jika pewaris membunuh pemilik harta pusaka
3) Jika pewaris bersifat hamba


bersambung...

Selasa, 8 Mei 2012

Ilmu Faraid

Pengenalan :

Ilmu faraid adalah salah satu daripada ilmu agama yang perlu diketahui dan dipelajari oleh setiap mukallaf kerana hukumnya adalah fardhu kifayah. Ianya berkisar tentang pembahagian harta pusaka dengan menggunakan cara pengiraan yang ditetapkan mengikut kaedah yang telah ditentukan oleh syarak berdasarkan dalil ayat yang ada di dalam Al-Quran. Ilmu ini juga dikenali dengan nama Ilmu Mawaris. Ianya digunakan apabila si mati meninggal dan tidak meninggalkan wasiat kepada warisnya.

Kelebihan Ilmu Faraid :

Kelebihan bagi orang yang mengetahui dan mempelajari ilmu faraid ialah dapat mengetahui penentuan tentang kadar hak-hak pembahagian harta pusaka kepada yang berhak menerimanya. Dengan mengetahui ilmu ini juga kita dapat mengelakkan manusia daripada perbalahan sesama sendiri walaupun dalam satu keluarga kerana cara pembahagiannya adalah secara adil dan saksama mengikut apa yang telah ditetapkan oleh syarak. Para ulamak juga berpendapat bahawa ilmu faraid adalah ilmu yang pertama di angkat ke langit berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a.


Dalil Naqli Daripada Al-Quran :


- Surah An-Nisaa’ ayat 11. 



يُوصِيكُمُ ٱللَّهُ فِىٓ أَوۡلَـٰدِڪُمۡ‌ۖ لِلذَّكَرِ مِثۡلُ حَظِّ ٱلۡأُنثَيَيۡنِ‌ۚ فَإِن كُنَّ نِسَآءً۬ فَوۡقَ ٱثۡنَتَيۡنِ فَلَهُنَّ ثُلُثَا مَا تَرَكَ‌ۖ وَإِن كَانَتۡ وَٲحِدَةً۬ فَلَهَا ٱلنِّصۡفُ‌ۚ وَلِأَبَوَيۡهِ لِكُلِّ وَٲحِدٍ۬ مِّنۡہُمَا ٱلسُّدُسُ مِمَّا تَرَكَ إِن كَانَ لَهُ ۥ وَلَدٌ۬‌ۚ فَإِن لَّمۡ يَكُن لَّهُ ۥ وَلَدٌ۬ وَوَرِثَهُ ۥۤ أَبَوَاهُ فَلِأُمِّهِ ٱلثُّلُثُ‌ۚ فَإِن كَانَ لَهُ ۥۤ إِخۡوَةٌ۬ فَلِأُمِّهِ ٱلسُّدُسُ‌ۚ مِنۢ بَعۡدِ وَصِيَّةٍ۬ يُوصِى بِہَآ أَوۡ دَيۡنٍ‌ۗ ءَابَآؤُكُمۡ وَأَبۡنَآؤُكُمۡ لَا تَدۡرُونَ أَيُّهُمۡ أَقۡرَبُ لَكُمۡ نَفۡعً۬ا‌ۚ فَرِيضَةً۬ مِّنَ ٱللَّهِ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمً۬ا

Daripada Hadis Nabi yang bermaksud :

- Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : Hendaklah kamu mempelajari ilmu faraid kerana sesungguhnya ianya adalah daripada agamamu dan ianya adalah sebahagian daripada ilmu-ilmu yang pertama akan diangkat (dicabut) daripada umatku.


(Dipetik dari Kitab Cahaya Mustika - Karangan = Ustaz Haji Abdul Ghani bin Haji Yahya)

bersambung...

Jumaat, 4 Mei 2012

KEUTAMAAN MENJADI ORANG MISKIN


Aisyah pernah mendengar Rasulullah saw berdoa, "Ya ALLAH, jadikanlah aku hidup sebagai seorang yang miskin. Cabutlah nyawaku dalam keadaan miskin. Lalu kumpulkanlah aku pada hari Kiamat nanti bersama kelompok orang-orang miskin".

Mendengar doa itu, Aisyah bertanya, "Mengapa engkau berdoa seperti itu wahai Rasulullah?" Baginda menjawab, "Orang-orang miskin akan masuk syurga lebih awal 40 tahun (1 hari = 1000 tahun dunia) daripada orang-orang kaya. Wahai Aisyah, jangan pernah menolak orang miskin walaupun engkau hanya memberinya separuh biji kurma" (HR Tirmidzi)

Renungan : Disaat orang-orang kaya penuh kebimbangan, cemas, ketakutan menghadapi nasib yang akan menimpa mereka, orang-orang miskin sudah menikmati kenikmatan istana syurga 14.600.000 tahun lebih awal...

Rabu, 2 Mei 2012

Window 7 ARC Gamer Edition



Berminat untuk mendapatkannya?, boleh download di SINI atau PM penulis untuk mendapatkannya dengan harga yang menarik. Penulis sendiri telah menggunakan window ini dan hasilnya sangat memuaskan. Bagi sesiapa yang suka tema yang gelap dan format baru untuk windownya, inilah yang sesuai. Ringan dan laju dari window 7 biasa.

Selasa, 1 Mei 2012

Watery Desktop 3D


Nak jadikan skrin komputer kita bergerak-gerak seperti dalam video ni? Kalau nak, boleh download di SINI untuk mendapatkannya. Window 7 pun boleh pakai software ni, selamat mencuba... Tak besar pun, dalam 1.4 MB je.

My new weapon...

Pinjam dari SINI


Pinjam dari SINI

Penulis memang minat main badminton, cuma dapat beli raket yang macam ni sahaja. Nak beli Yonex al-maklumlah... harganya cukup cantik. Sebelum ni pakai raket RCL je tapi bola RCL Gold memang best!

P/S : Baru dapat update entri setelah 3 hari berkursus. Dekat sana Wifi ada tapi router dia pulak yang rosak...