Jumaat, 22 November 2013

Perlu ke cabut bateri laptop?


Kali ini penulis ingin berkongsi satu amalan yang biasa orang buat bila beli laptop baharu. Kebiasaannya kita akan cas bateri laptop sehingga 8 jam. Kalau tak silap kalau beli telefon baharu pun begitu. Biasanya bateri laptop ni kita akan cabut dan hanya memakai wayar laptop sahaja kerana sayangkan bateri laptop untuk tahan lama.

Betulkan apa yang penulis bagi tahu tadi? Kerana nak bateri tahan lama, kita akan cabut dan tidak akan pakai ketika wayar laptop dipasang pada suis elektrik. Kalau pasang sekali nanti bateri cepat kondem ataupun kong. Mungkin itu yang salesman bagi tahu ketika membeli laptop.

Namun tahukah kita? Ada juga risiko yang akan berlaku jika kita tidak memakai bateri ketika wayar laptop dipasang pada suis elektrik. Ini pengalaman yang berlaku pada kawan penulis sendiri, kerana sayangkan bateri laptop, dia juga melakukan amalan yang penulis cakapkan tadi.

Ceritanya begini, kawan penulis baru sahaja membeli laptop dalam harga seribu lebih. Tak sampai pun setahun lagi dan masih dalam waranti. Kerana selalu mencabut bateri ketika menggunakan laptop, akhirnya laptopnya selalu HANG ataupun berhenti tiba-tiba. Ini disebabkan kita tak tahu kemungkinan akan terjadi elektrik terputus ataupun blackout.

Bila blackout, laptop kita akan mati secara mengejut. Ini akan menyebabkan motherboard kita akan mengalami tekanan. Bila dah beberapa kali blackout, akhirnya laptop kawan penulis rosak, nasib baik masih dalam waranti dan bila hantar baiki technician cakap motherboard dia rosak. Tak pasal-pasal kena bayar RM700 untuk order motherboard yang baru.

Kerana sayangkan bateri yang mungkin harganya dalam RM200 lebih dan lebih mudah untuk kita dapat, berbaloikan kita cabut kerana nak tahan lama dan tak cepat kong? Daripada kita kehilangan RM700 kalau motherboard kita akan mudah rosak?...

1 ulasan:

Unknown berkata...

..mls nk cabut bateri laptop..sbb yg utama takut blackout tu le..