Ahad, 24 Julai 2011

Timbul keinsafan...

Hari ni penulis dapat panggilan untuk menggantikan staff yang tiada. Tugas kami hari ni adalah berkunjung ke Pusat Jagaan Kanak-Kanak Istimewa. Sampai di sana kami disambut dengan meriah oleh kanak-kanak yang riang ketawa dan kami pun memulakan tugas masing-masing.

Penulis bertugas menjaga peralatan ICT supaya dapat berfungsi dengan baik semasa digunakan. Setelah semuanya siap dipasang, doktor memulakan syarahannya kepada semua ibu-bapa dan penjaga kanak-kanak yang ada di sana. Ada yang faham, ada yang mengangguk dan ada yang tengok sahaja. Ada juga yang bertanya mungkin kerana kurang faham, maklumlah orang kampung, mana faham bahasa sains ni.

Penulis tidak menumpukan apa yang diperkatan oleh doktor kerana asyik memandang gelagat kanak-kanak yang ada di sana. Mereka cuma memerhatikan apa yang ada pada gambar  yang disiar melalui projektor. Tersenyum ketawa bila nampak gambar kanak-kanak menunjukkan gigi...

Selesai syarahan, doktor pun memulakan rawatan pergigian kepada semua kanak-kanak yang ada mengikut giliran. Semasa menunggu giliran, kanak-kanak yang ada dihiburkan dengan informasi dan video tentang penjagaan gigi. Seperti tadi, mereka cuma melihat...dan diam. Hendak memahami mungkin tak sampai tahapnya.

Kesian penulis melihat mereka, atas inisiatif sendiri yang timbul, penulis menutup video tersebut dan nasib baik ada video cam. Penulis pun memasang video cam tu dan disambung ke projektor. Setelah gambar keluar di skrin, mereka ketawa !!! Masing-masing tersenyum keceriaan berbanding tadi cuma diam sahaja. Mereka gembira kerana nampak muka masing pada skrin. Lebih lagi ada yang pandai bergaya apabila zoom pada muka mereka... Tersenyum ketawa ibu bapa mereka melihat telatah anak-anak mereka.

Dalam hati ini terasa begitu puas dapat memberikan sedikit keriangan kepada mereka. Bagi penulis timbul keinsafan di dalam hati ini, bagaimanakah dengan ibu-bapa mereka dan juga guru yang setiap hari menghadapi kerenah mereka yang sangat istimewa ni. Begitu tabah dan penuh kesabaran... Maafla, penulis tak dapat kongsikan gambar-gambar ketika di sana. Cukup dengan penulis bercerita sahaja.

1 ulasan:

maszull berkata...

alhamdullilah syukur...masih ada yang sayang kn mereka...:)