Jumaat, 19 Ogos 2011

Sama dengan seribu bulan...

Sebut sahaja Ramadhan, mesti ada kaitan dengan Al Quran dan Lailatul Qadar. Kedua ini tidak dapat dipisahkan, ibarat irama dan lagu seperti kata P Ramlee.

Malam lailatul qadar yang selalu kita dengar ialah malam seribu bulan. Bagi sesiapa yang mampu bangun mengerjakan ibadah pada malam tersebut maka ganjaran pahala baginya adalah ibarat seribu bulan!.

Kalau setahun ada 12 bulan, jadi kalau seribu bulan ada berapa tahun ye? Setelah dibahagi mengikut perkiraan bulan Islam maka jawapannya adalah lebih kurang 83 tahun. Lama tu...!

Jadi ganjaran pahala di malam lailatul qadar adalah ibarat kita melakukan ibadah selama 83 tahun dari kecik sampai lah ke umur 83. Kalau umur dalam 30 an, maka ada lagi 53 tahun untuk menampung amal ibadah kita.

Nabi memberitahu pada kita soalan bocor yang mana bagi sesiapa yang nak malam lailatul qadar ni, carilah pada malam ganjil di 10 akhir ramadhan. Nabi juga bersabda umur umatku adalah sekitar 60-70 tahun sebab nabi kita pun wafat pada umur 63 tahun.

Jadi sesiapa dapat lebih dari 70 tu, adalah subsidi dari Allah... Supaya tambah amalan. Mampukah kita beribadah sahaja sampai 80 tahun...?

3 ulasan:

Kakzakie Purvit berkata...

Kena selalu pujuk dan tanamkan ini dlm minda dan hati kita utk merebut peluang yg Allah berikan. Usaha mesti ada. Selainnya kita serah pada Allah...

cikgu berkata...

abg fadli..jom cek jwpn betul ke x..:)

http://dilamin.blogspot.com/2011/08/jawapan-uji-kefahaman-tentang-wudhuk.html

maszull berkata...

salam santri....kita haruslah berebut2 mencari keredhaan Allah tu...
semoga amal ibadat kita selalu diberkati dan dilimpahi pahala dr Allah....:)